Thursday, March 11, 2010

World University Chess Championship

5 - 11 SEP 2010
ZURICH, SWITZERLAND
90 minutes (40 moves) + 30 secs


Satu pertandingan catur yang diberi nama Kejohanan Catur Universiti Sedunia akan berlansung di Zurich pada 5 - 11 September 2010. Jika dah namanya Universiti, hanya peserta-peserta yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi yang layak menyertai pertandingan tersebut. GiLoCatur berpendapat sudah sewajarnya mahasiswa mahasiswi negara kita mengambil peluang untuk menyertai pertandingan 9 pusingan ini. Banyak faedah-faedah yang boleh didapati dengan menyertai kejohanan tersebut. Malaysia boleh menghantar peserta-peserta berdasarkan keputusan catur MASUM yang lalu. Sebenarnya, GiLoCatur tidak tahu samada Malaysia akan menghantar wakil ke pertandingan tersebut. Jika ada baguslah, jika tiada sewajarnya komuniti catur di negara ini memikirkan tentang development catur di kalangan intelektual-intelektual generasi muda kita.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, sila ke laman ini atau facebook.


No comments: