Nokia PC Suite boleh "dimuat turun" dari link ini.
(GiLoCatur : Kepada yang tidak biasa dengan terma "muat turun / pindah turun", ia adalah bermaksud download.)
Apa ke mende Nokia PC Suite yang GiLoCatur papar di atas? Adakah ia boleh diguna untuk catur? Boleh buat analisa permainan catur ke atau sebagainya? "Sudah terang lagi bersuluh" bak kata pepatah Melayu. Sudah jelas ada perkataan Nokia, sudah semestinya ia berkaitan dengan handphone atau handset Nokia, satu jenama yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia termasuk pemain-pemain catur kita. Nak tahu model Nokia apa GiLoCatur guna? GiLoCatur memiliki dan menggunakan Nokia 2630 hadiah harijadi beberapa tahun lalu. Selain penggunaan basic telefon, Nokia 2630 tersebut sangat berjasa kepada GiLoCatur dalam merakam aksi-aksi pemain-pemain catur dalam pertandingan-pertandingan dan sesi sparring catur. Banyak juga yang telah dipaparkan dalam laman blog ini. Sementara isteri GiLoCatur guna model Supernova 7620
Jadi di sini, GiLoCatur ingin berkongsi info tentang Nokia PC Suite yang sangat bagus kepada mereka yang memiliki handset Nokia dan selalu guna komputer (tidak kira samada PC desktop atau notebook). Semenjak guna Nokia PC Suite, GiLoCatur sangat mudah menaip dan menghantar sms. Jika guna handset, terkial-kial juga menaip sms apatah lagi untuk message yang panjang. Begitu juga untuk buat housekeeping iaitu untuk meng"delete" message lama dan yang tidak diperlukan. Mudah sikit nak scroll message yang berlambak seperti GiLoCatur yang ada lebih kurang 500 message dalam "inbox" dan "sent" folder. Dan banyak lagi kemudahan2 dan kesenangan bila guna Suite tersebut.
Rasanya, untuk jawab handset juga boleh dengan syarat komputer ada microphone. Tetapi GiLoCatur belum try lagi. Malas nak baca manual atau help. Jadi, cuba-cubalah Nokia PC Suite tersebut.
1 comment:
Assalamualaikum,saya nak tny..kat mana boleh dapatkan jam catur yang murah dan berkualiti? saya nak stok dalam sepuluh buah jam sebab utk kegunaan sekolah saya. Kalau encik tidak keberatan membantu,saya harap encik dapat hubungi saya. 014 2211130 .ATIYA.
Post a Comment