Semalam Hj Saleh (GiLoCatur) dan Nazizah Sulaiman ronda ronda KL menaiki LRT dan MRT dengan ketiga-tiga orang Anak, Abang, Kakak dan Adik serta menantu (daughter-in-law).
Jika dulu ketika mereka masih kecil, memang kami akan pegang dan pantau mereka sebaik mungkin. Tetapi sekarang, mereka pantau kami agar tak sesat di stesen-stesen dan gedung-gedung mall yg kami singgah kunjungi.
![]() |
| At Ampang Park's Site |
Alhamdulillah, Allah beri nikmat dan rezeki yg sangat banyak kpd GiLoCatur. Dapat melawat dan berada di bumi luar negara samada dek further study, urusan kerja mahupun liburan.
Sekurang2nya lapan negara GiLoCatur telah sampai atas urusan kerja antara 2003 dan 2005. Sebahagian adalah negara maju di benua Eropah.
![]() |
| At Ampang Park's Site |
Pengangkutan awal di negara-negara tersebut telah maju duluan dari Malaysia. Antara yg sangat menarik hati GiLoCatur adalah keretapi laju dan bawah tanah di London, Paris, Brussels dan Moscow.
Sebagai contoh, subway train dan station di Moscow. GiLoCatur terpesona atau amazed dengan escalator yg beratus-ratus meter ke bawah dan atas serta keindahan hiasan stesen-stesen subway train.
So, semalam mengimbau kembali memori turun naik escalator yg tinggi. Cuma pada awalnya rasa kecewa kerana tiada hiasan di stesen-stesen LRT / MRT.
![]() |
| Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural |
![]() |
| Zah & GiLoCatur at Ampang Park LRT Tunnel Mural |
![]() |
| Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural |
![]() |
| Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural |
Akhirnya, gumbira juga hati bila berada di stesen LRT Ampang Park. Ada hiasan dan lukisan mural yg indah dan cantik.
Cuma hati berasa kuciwa bila lalu tapak Ampang Park. Ia telah tiada lagi sekarang. Banyak kenangan di Ampang Park di awal 1990an. Teringat restoran Cozy Corner. Teringat kedai tempat beli seluar dan baju kerja. Teringat kedai beli kasut dan stokin Larrie. Salah satu baju kerja yg dibeli adalah baju warna purple yg sering dipakai pada hari Sabtu.
Ia jadi kenangan kerana mendapat teguran dari Hasnan Hashim bila dipakai pada hari Sabtu ha ha ha
![]() |
| Hj Saleh (GiLoCatur) berfoto dengan background KLCC |
GiLoCatur agak obsess dengan KLCC yang telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Jika Paris ada Eiffel Tower, KL ada KLCC. GiLoCatur banyak ambil gambar berlatar belakangkan KLCC especially ketika aktif memandu sebagai "pemandu profesional".
Begitulah kisah dan cerita semalam. Ronda dan jalan jalan bersama anak2 dan menantu.
#gilocaturstories
#familybonding
























