Monday, June 1, 2026

Ronda Ronda KL Naik LRT & MRT

 

Semalam Hj Saleh (GiLoCatur) dan Nazizah Sulaiman ronda ronda KL menaiki LRT dan MRT dengan ketiga-tiga orang Anak, Abang, Kakak dan Adik serta menantu (daughter-in-law).

Jika dulu ketika mereka masih kecil, memang kami akan pegang dan pantau mereka sebaik mungkin. Tetapi sekarang, mereka pantau kami agar tak sesat di stesen-stesen dan gedung-gedung mall yg kami singgah kunjungi.

At Ampang Park's Site 

Alhamdulillah, Allah beri nikmat dan rezeki yg sangat banyak kpd GiLoCatur. Dapat melawat dan berada di bumi luar negara samada dek further study, urusan kerja mahupun liburan.

Sekurang2nya lapan negara GiLoCatur telah sampai atas urusan kerja antara 2003 dan 2005. Sebahagian adalah negara maju di benua Eropah.

At Ampang Park's Site 

Pengangkutan awal di negara-negara tersebut telah maju duluan dari Malaysia. Antara yg sangat menarik hati GiLoCatur adalah keretapi laju dan bawah tanah di London, Paris, Brussels dan Moscow.

Sebagai contoh, subway train dan station di Moscow. GiLoCatur terpesona atau amazed dengan escalator yg beratus-ratus meter ke bawah dan atas serta keindahan hiasan stesen-stesen subway train.

So, semalam mengimbau kembali memori turun naik escalator yg tinggi. Cuma pada awalnya rasa kecewa kerana tiada hiasan di stesen-stesen LRT / MRT.

Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural

Zah & GiLoCatur at Ampang Park LRT Tunnel Mural

Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural

Zah at Ampang Park LRT Tunnel Mural

Akhirnya, gumbira juga hati bila berada di stesen LRT Ampang Park. Ada hiasan dan lukisan mural yg indah dan cantik.

Cuma hati berasa kuciwa bila lalu tapak Ampang Park. Ia telah tiada lagi sekarang. Banyak kenangan di Ampang Park di awal 1990an. Teringat restoran Cozy Corner. Teringat kedai tempat beli seluar dan baju kerja. Teringat kedai beli kasut dan stokin Larrie. Salah satu baju kerja yg dibeli adalah baju warna purple yg sering dipakai pada hari Sabtu.

Ia jadi kenangan kerana mendapat teguran dari Hasnan Hashim bila dipakai pada hari Sabtu ha ha ha

Hj Saleh (GiLoCatur) berfoto dengan background KLCC

GiLoCatur agak obsess dengan KLCC yang telah menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Jika Paris ada Eiffel Tower, KL ada KLCC. GiLoCatur banyak ambil gambar berlatar belakangkan KLCC especially ketika aktif memandu sebagai "pemandu profesional".

Begitulah kisah dan cerita semalam. Ronda dan jalan jalan bersama anak2 dan menantu.


#gilocaturstories

#familybonding


Thursday, May 28, 2026

CHILLING & HEALING DI PD (Port Dickson)

 

Dah lamo sey tak datang PD. Maso mudo dulu dulu korap yo datang bawa anak2 berkelah.

Maso tu tak do laei water front ni.

GiLoCatur di dopan laut PD

Nunggu time check in. Poei Muzium TUDM tadi ponoh parkir kereto. Nak lepak kek pantai, paneh bona. tak tahan doh.

Sonok layan angin laut yg menyapa pipi dan muko sey yg dah mulo bekodut kih kih

Chilling di Waterfront PD

Chilling di Waterfront PD

Datang PD buek kojo pun ado. Hujung 1990an. Server pejabat imigresen di PD ado problem maso tu. Tak ingek dah ado bermalam ko tak. Maso tu highway tak sesosak la ni. Awak pun masih mudo belia lagi. Memandu Proton Saga putih selamb yo. Yo lah maso tongah betenago kan.

Kono boli some food nak duduk2 chill kat Waterfront PD :(-

Omaaak aiihhh .. lega tokak kono teh O ais time paneh paneh 

Itu cerito lamo lah. Kali ini kito datang nak healing healing yo. Dah jomu stay kek umah.  Pilih hari bekojo, lupo lak time cuti sekolah ha ha

pit stop pertamo kek PD


Nota: kenapo sey suko lagu Rusia nyanyian Rauf & Faik ni? Atas urusan kojo, duo dekad dulu sey ponah sampai Moscow, Rusia. Dokek duo minggu gak sey stay. Banyak kenangan manis. Moscow and Russia amazes GiLoCatur. Maso tu ado gak recce recce album artis Rusia. tak do yg bekonan. Lately baru tahu dan donga lagu2 Rauf & Faik. sodap sodap bhai.


#gilocaturstories

#Aidiladha2026

#chill 


Tuesday, May 26, 2026

SALAM AIDIL ADHA 1447H/2026

 

Alhamdulillah. Bersyukur di atas segala nikmat yg Allah Maha Besar kurniakan kepada hambaNYA yg kerdil dan lemah ini.

Kenangan melakukan wukuf dan melontar jamrah 16 tahun lalu masih segar diingatan. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas semua nikmat yg Engkau berikan kepada hambaMu ini.

Hj Saleh (GiLoCatur)seusai solat sunat Aidil Adha di MPA

Marilah kita berdoa dan bermunajat kepada Allah Yg Maha Besar di waktu doa mustajab.

SALAM AIDIL ADHA kepada semua umat Islam!


#gilocaturstories

#aidiladha2026

#hjsalehabdlatif



Tuesday, May 5, 2026

HAPPY BORNDAY TO ANAK PEDUSI TUNGGAL HJ SALEH (GiLoCatur) & NOR AZIZAH

 

Anak pedusi sorang. Ayah sentiasa doakan kakak agar dipanjangkan usia dlm ketaatan kpd Allah dan rasul, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan keselamatan serta jodoh dan pasangan hidup terbaik!

Berikut adalah tiga keping foto Anis aka Kakak pada sambutan hari kelahiran tahun berbeza:

Anis 1

Anis 2

Anis 3

Alhamdulillah. Syukur kepado Allah SWT.
Anak pedusi wakdan dan Nazizah Sulaiman betambah umu setahun ley.
Kojap bonau maso berlalu. Dilahirkan hampir tigo dekad lalu di sebuah hospital Shah Alam (skrg hospital Avisena) di bawah Dr Norleen Salleh.
Ketiko itu kos bersalin masih murah. Alhamdulillah guno kemudahan syarikat. Terpakso membuek keputusan borek berhonti (resign) dari sebuah syarikat glamor demi kemudahan bersalin di hospital.
Ndak sampai tigo ribu pun. Kos bersalin normal kini? Jan cakaplah berapo.
Alhamdulillah, dapek juo service doktor pakar. Kebotulan pulo, Dr Norleen di bawah asuhan doktor pakar, maso belajau, di Poliklinik Ibukota tompek kelahiran abongnya kurang duo tahun sebolum itu. Alhamdulillah, begitulah ketontuan dari Allah.

Anis 4

Kakak, ayah ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke dot dot. Ayah doakan semoga dipanjangkan umur dalam ketaatan kpd NYA dan rosulullah, dimurahkan rezeki, diberi keselamatan dan kesihatan yg baiok always.
Kakak adalah pewaris ughang awak Kampau dan bertorusan selagi kakak ado waris pedusi.


Sunday, May 3, 2026

ANIS SALAH SEORANG PESERTA "SIMUL CHESS" (FM) ISMAIL AHMAD

 Buka album sijil2 anak siang tadi. Nak masukkan semula beberapa sijil yg telah dikeluarkan sebelum ini untuk penulisan e-buku.


Terjumpa sijil seperti di bawah. Pernah sertai "simul chess" ketika anak2 aktif bermain catur hampir dua dekad lalu.

Sijil Penyertaan Anis di "Simul Chess" (FM) Ismail Ahmad


Ketika itu dua pemain catur tempatan yg kerap bersaing dalam acara ini. Hj Saleh (GiLoCatur) pun turut serta sekali.

Pertama, CM Sir Collin Madhavan. Tahun 2009 kalau tak silap. Lupa sudah berapa ramai disimulkan oleh Collin. Ada gambar Hj Saleh (GiLoCatur) dan Fikri Saleh. Masa itu guna digital camera. Hp belum secanggih sekarang.

Kedua, FM Ismail Ahmad. Anis sertai acara simul dan dapat sijil penyertaan seperti di bawah. Cuba juga cari sijil penyertaan Fikri, tapi tak jumpa pula. Mungkin dia tak sertai sebab sudah bersekolah menengah.

GiLoCatur kurang pasti siapa yg pegang rekod MBR antara mereka berdua dalam "chess simul" di Malaysia.

Semoga fb entry ini sebagai satu rekod sejarah tentang catur di Malaysia dalam bab "simul chess".

Majulah CATUR untuk negara dan GENS UNA SUMUS!

#gilocaturstories
#chesssimul
#fmismailahmad
#cmcollinmadhavan
#chessconnectus

Saturday, May 2, 2026

PUISI SPONTAN

Kehidupan ala ala kini

Urusan basuh baju di kedai laundry
bukan isu hujan masalah jemur kain
tapi dek masalah teknikal

aku anak kampung
rumah di ceruk negeri Selangor
letrik dan pili air baru nikmati tahun 1980an
pasang tv guna gen set
nak maghrib baru ia dihidupkan
tak kenal peti ais

baru kenal mesin basuh hujung 1980an
basuh baju sendiri di negara Uncle SAM
perlukan dua quarter untuk sekali basuhan
lepas basuh, baju dikeringkan
fasiliti ada di setiap penempatan

begitulah sebuah kehidupan
dunia berubah nama kemajuan
bersyukurlah kita kepada tuhan
belajar adaptasi agar tak ketinggalan

SAHALASB
puncak alam
2 mei 2026
936mlm

Laundry di Puncak Bestari

Monday, April 27, 2026

KISAH LESEN B2 GiLoCatur

Asyik dok perbaharui lesen B2 je, tapi dah lama tak bawak motor. Sbb tak ada motor.

Kebetulan biras tumpang letak motor, dapatlah lepas rindu dan gian menunggang motor keliling taman.
Ambik lesen motor masa umur 19 tahun. Dah dekat 40 tahun pegang lesen B2. Belajar nenunggang motor untuk ambil lesen dalam 100 ringgit je.
Kat Kelang dekat pejabat TH. Tak ingat berapa jam. Belajar memandu kereta ingatlah, 17 jam. Kereta Toyota 120y. Untuk lesen motor dengan motor GP atau dikenali dengan Jipang ketika itu circa hujung 1980an.

GiLoCatur dan Motor Kris

Motor biras jenama MODENAS


Alhamdulillah, lulus lesen motor B2 ketika berusia 19 tahun. Setahun kemudian lulus lesen D pula.
Ketika itu ujian lesen menunggang motor hanya ada ujian Lapan, emergency break dan jalan raya. Ujian lalu titi belum ada lagi.
Begitulah kisah dan sejarah ambil lesen memandu B2 dan D Hj Saleh (GiLoCatur). Tester lesen D bilang, bagus dan smooth awak drive ya he he. Apa tidaknya, 17 jam kau practice. Belum lagi bawa kat rumah. Macam macam kereta bawak. Van pun ada dan pernah nak masuk parit ha ha ..
Tak sangka pula, pekerjaan profesional pertama adalah terlibat dengan projek JPJ ha ha ha
Sekian ...

Wednesday, April 8, 2026

MSSD2026 CHESS TOURNAMENT

Ada beberapa kejohanan Catur MSSD hari terakhir pada hari ini samada kategori sek men B15 dan B18 mahupun sek ren B12, malah B10 di MSSD di Wilayah Persekutuan.

Luqman at MSSD Keramat KL 2026


Hari terakhir adalah sangat penting. It is very crucial, in English. Jika menang the two last rounds, players can be among podium winners. If other wise, it will a sad moment to the players.

As a chess coach, not as a parent anymore, Hj Saleh (GiLoCatur) just follow remotely from home. Cannot be at the mssd tournaments. Furthermore, got other works and jobs to done.

Some mssd does not allow besides guru pengiring to be near the venue anymore for lots of reasons. Hj Saleh (GiLoCatur) does not argue that. It is the prerogative of the relevant parties such as PTPSC and the host school administrators.

For Coach Saleh, there are two main aspects for chess players in the mssd chess competitions. One is the technical aspect, the other one is the non-technical aspect.

The former is about chess knowledge and theory. The more a chess player know, the higher the chance to win games. Practice or sparring we call it in chess is very important. The more you practice, the better. Most mssd participants do not have this opportunity.

There is a name for this activity that Hj Saleh (GiLoCatur) asked and did for the children during their mssd heydays.

The latter is about discipline, attitude and motivation. Lack of discipline, not only in chess but in all other sports, will stop you from being an achiever. Confirm. Regarding attitude, you need to have POSITIVE one. Having a negative one is an obstacle to be a champion or a winner.

Every athlete for sure need motivation from parents, guru and coaches. There are three types of chess coach for the info of chess parent. Choose the best and most suitable to your chess playing children and you as parents.

Many have changed in Catur MSSD nowadays compared to yesteryears esp during Coach Saleh's time. But some are still the same like separate or concurrent for both Individual and Team events, different time control compared to the state and national level.

For example, chess athletes representing their schools have to play six rounds with 30+0 per player in one day. The final round played in the second day. Coach Saleh is not complaining about it. Surely, there are reasons for that.

Playing fitness and endurance are crucial and important. You have to play at least 7 rounds in a weekend rapid event. Technical knowledge only is not enough. Non-technical aspect such as Endurance shall be tested as well ofcourse.

Thank you the parent of a mssd chess championship for giving permission sharing below photo. A nice and beautiful school chess club tshirt, dont you think?

Bravo Coach Mohamed Max and the school's chess club patrons regarding the the tshirt. Surely a nostalgic moment the photo would be in future.

GENS UNA SUMUS!

Note: IG has limitation on the number of words posted. Therefore, this write up stops abruptly (betoi ka ni? dah lame teman tak speaking American.

#coachgilocatur
#mssdchess
#chessconnectus
#malaysianchess