Friday, September 21, 2018

Encik LATIFF MOHAMAD aka SIFU.mycatur Telah Kembali Kerahmatullah

Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rojiun.

GiLoCatur mendapat berita tentang Encik Abdul Latiff Mohamad   yang juga dikenali sebagai SIFU.mycatur telah pulang ke rahmatullah jam 9:00pm semalam (ie Khamis 20/9/2018).

Allahyarham bersama isteri
kredit: Blog SIFU.mycatur

GiLoCatur mengenali Allahyarham Encik Latif sejak 2009 terutamanya ketika Kejohanan Catur MMU dan KLCA Open.

Allahyarham Encik Latif merupakan seorang chess arbiter yang sangat berpengalaman terutamanya menggunakan sistem manual. 

Ketika zaman Allahyarham aktif sebagai arbiter kejohanan catur, swiss pairing manager masih belum ada. 

Allahyarham Encik Latif di salah satu kejohanan catur
Koleksi Album GiLoCatur

Banyak juga pengalaman dan kisah2 catur di Malaysia yg Allahyarham cerita dan kongsikan dengan GiLoCatur. GiLoCatur sangat berbesar hati kerana Blog Catur GiLoCatur merupakan salah salah satu blog dalam Blog List Allahyarham Encik Latif. 

Allahyarham juga telah menjadikan GiLoCatur sebagai author laman blog catur beliau di URL - http://sifumycatur.blogspot.com/

GiLoCatur mendoakan agar Allahyarham Encik Latiff berada di kalangan orang2 beriman dan soleh. 

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Encik Latiff.

Al-Fatihah!