Friday, September 21, 2018

Encik LATIFF MOHAMAD aka SIFU.mycatur Telah Kembali Kerahmatullah

Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rojiun.

GiLoCatur mendapat berita tentang Encik Abdul Latiff Mohamad   yang juga dikenali sebagai SIFU.mycatur telah pulang ke rahmatullah jam 9:00pm semalam (ie Khamis 20/9/2018).

Allahyarham bersama isteri
kredit: Blog SIFU.mycatur

GiLoCatur mengenali Allahyarham Encik Latif sejak 2009 terutamanya ketika Kejohanan Catur MMU dan KLCA Open.

Allahyarham Encik Latif merupakan seorang chess arbiter yang sangat berpengalaman terutamanya menggunakan sistem manual. 

Ketika zaman Allahyarham aktif sebagai arbiter kejohanan catur, swiss pairing manager masih belum ada. 

Allahyarham Encik Latif di salah satu kejohanan catur
Koleksi Album GiLoCatur

Banyak juga pengalaman dan kisah2 catur di Malaysia yg Allahyarham cerita dan kongsikan dengan GiLoCatur. GiLoCatur sangat berbesar hati kerana Blog Catur GiLoCatur merupakan salah salah satu blog dalam Blog List Allahyarham Encik Latif. 

Allahyarham juga telah menjadikan GiLoCatur sebagai author laman blog catur beliau di URL - http://sifumycatur.blogspot.com/

GiLoCatur mendoakan agar Allahyarham Encik Latiff berada di kalangan orang2 beriman dan soleh. 

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Encik Latiff.

Al-Fatihah!

Sunday, August 5, 2018

THROWBACK MSSM Chess Championship For GiLoCatur's Family - Intro

As posted at https://www.facebook.com/saleh.latif:

Di antara waktu Maghrib dan Isyak semalam (Sabtu, 4 Ogos 2018), Hj Saleh memandu di Bandar Kelang melalui Hotel Goldcourse. 

Tiba-tiba ingatan dan memori Hj Saleh terimbau ke Kejohanan Catur MSSM 2009 yang dihost oleh MSS Negeri Selangor di mana hotel ini sebagai venuenya.

Kejohanan Catur MSSM Edisi 2009 adalah sangat bersejarah buat Hj Saleh, dikenali sebagai GiLoCatur di kalangan komuniti catur Malaysia, dan keluarga. Edisi 2009 inilah merupakan debut atau edisi sulung Hj Saleh sebagai seorang "chess parent" menghadiri dan mengikuti Kejohanan Catur MSSM.

Part of MSSM Chess Championship 2018 Schedule


Edisi 2018 akan bermula esok. Semua pemain-pemain catur yang mewakili MSS setiap negeri, termasuk Fahim Al-Faqeh ie anak bongsu Hj Saleh sudah bersedia untuk bertarung di atas papan catur untuk memberi kemenangan kepada pasukan negeri masing2. 

Kejohanan Catur MSSM 2018 merupakan edisi ke 9 bagi Hj Saleh (GiLoCatur) dan isteri. Hanya Edisi 2014 di Kuching, Sarawak Hj Saleh dan isteri tidak hadiri kejohanan memberi sokongan kepada anak2.

Insya Allah, Hj Saleh akan membuat "Throwback" bagi setiap edisi Kejohanan Catur MSSM (2009 - 2016) sebagai satu kenangan dan sejarah kepada keluarga Hj Saleh.

Adakah Hj Saleh akan berada di Universiti Malaysia Terengganu, venue Kejohanan Catur MSSM 2018 untuk memberi sokongan moral kepada Fahim Saleh seperti kebiasaan? Kita tunggu dan lihat nanti.

At MSSN9 2018 Chess Champhionship
Fahim emerged as the Champion for L18 Individual category

Catur MSSM 2018 adalah edisi kedua terakhir bagi Hj Saleh dan isteri kerana hanya tinggal Catur MSSM 2019 sebagai penutup buat Fahim yang sekarang berada di Tingkatan 4. 

Fahim and his new MSS state team which is NEGERI SEMBILAN at UMT
before the first round kick off this morning
(photo credit : KONTINGEN N9 MSSM 2018 Whatsapp group)

Selamat bertanding kepada putera bongsu kami, Hj Saleh dan Hjh Nor Azizah, FAHIM AL-FAQEH dan rakan2 sepasukannya. Semoga beroleh kejayaan cemerlang!

(nota gambar: Gambar Pasukan Catur 2018 MSSN9 adalah dari group whatsapp KONTINGEN N9 MSSM 2018.)

#MSSMCatur2018
#GoGoGoPasukanMSSN9

Monday, July 16, 2018

MASUM 2018


Surely, it has been ages GiLoCatur does not update this blog. The final of the FIFA World Cup Russia 2018 had just ended with France emerged as the champion. Being a long supporter of the French football team, it is a happy moment for GiLoCatur. 

History has been made. 

France has won for the second time after two decades. The first time was in 1998 FIFA World Cup France. The French team was captained by Didier Deschamps. The name sound familiar right. Yup, it is the Deschamps who is the manager or coach of the winning French football team. He becomes the the third person to win the FIFA World Cup as a player and a manager.

Let's forget about the FIFA World Cup.

MASUM 2018


Actually, GiLoCatur wants to write about MASUM 2018 Chess Championship. This year edition of the championship is hosted by Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Chess is one of the sport events in the FASA 1 or First Phase.

Both Fikri and Anis will be taking part representing their university which UiTM. Fikri, GiLoCatur's eldest child and son will be playing for the third time. He made the debut playing in the championship in 2015. Then he took part in the 2016 edition. He skipped playing in last year edition. 

Meanwhile, Fikri's younger sister Anis made her debut in the MASUM championship in 2016 edition. He played as well in last year edition. 

GiLoCatur would like to wish ALL THE BEST and BEST OF LUCK to the UiTM MASUM 2018 chess team especially to Abang (ie Fikri) and Kakak (ie Anis).

Ibu and Ayah always pray for your success!


Below are several photos of both Fikri and Anis in the MASUM Chess Championship from 2015 to 2017 Editions.

UiTM MASUM 2015 Chess Team

UiTM MASUM 2016 Men Chess Team

UiTM MASUM 2016 Women Chess Team

UiTM MASUM 2015 Chess Team

Monday, March 5, 2018

Pasukan UiTM Jadi Juara


Pasukan UiTM yang disertai oleh Daniel Iskandar Noor Akbar, Fikri Saleh, Muhd Aziz Farhan Noor Akbar, Wan Mohd azmie Wan Abdul Rahim dan Coach UiTM Nor Azmi Mohd Nor telah berjaya menjuarai Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka IPT & Jemputan Smart Selangor 2018 Piala YB Tuan Nik Nazmi yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada hari Jumaat dan sabtu lepas.

Pasukan UiTM yang bermula di ranking kelima berjaya menewaskan 21 buah pasukan lain. Dengan kemenangan ini mereka berjaya memenangi wang tunai sebanyak 1,500 ringgit, medal dan piala pusingan. 

Pasukan UiTM telah berjaya menang 5, seri 1 dan kalah 1. Mereka mengumpul 11 match point. Keputusan penuh kejohanan ini boleh dicapai di URL - http://chess-results.com/tnr336246.aspx?lan=1


Pasukan UiTM
(Dari kiri) Wan Azmie, Fikri, Daniel, Aziz Farhan dan Coach Nor Azmi

Pasukan UiTM lawan Pasukan Pahlawan 2.0 di Pusingan Ke-4

Senarai Pemenang

Final Ranking

SYABAS dan TAHNIAH GiLoCatur ucapkan kepada Pasukan UiTM. 

Wednesday, January 24, 2018

FIKRI & ANIS FARIHA Dan GACC

Ketika ini sedang berlansung Kejohanan Catur GACC 2018 (Grand Asian Chess Challenge) Edisi ke 22 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM). 

Pusingan Kelima sudah ke penghujung. Ada empat pusingan lagi. Seramai 72 pemain dari university dalam dan luar negara menyertai acara Inter-Varsity. Format permainan adalah Standard atau juga dikenali sebagai Classic. 

Dua orang anak GiLoCatur iaitu Fikri dan Anis Fariha turut serta. Edisi kali ini adalah kali Keempat bagi Fikri, manakala bagi Anis adalah kali Kedua. 

sumber : FB GACC

GiLoCatur sebagai bapa dan ibu mereka mendoakan agar Fikri dan Anis Fariha beroleh kejayaan dan kemenangan bersama pasukan UiTM mereka.


Berikut adalah URL Kejohanan Catur GACC di www.chess-results.com untuk Edisi 2015 hingga Edisi 2018.

2015

2016

2017

2018


Photo Gallery

Fikri bersama pasukan GACC2015 UiTM 

Fikri bersama pasukan Lelaki GACC2015 UiTM 

Fikri di GACC 2017

Fikri & Anis bersama Pasukan GACC2017 UiTM
ketika Closing Ceremony

Fikri bersama Pasukan GACC2017 UiTM ketika Closing Ceremony

Anis Fariha di GACC 2017

Anis Fariha di GACC 2017

Anis bersama Pasukan GACC2017 UiTM
ketika Closing Ceremony

Fikri di Pusingan Kelima GACC2018

Anis di Pusingan Kelima GACC2018
bertemu lawan satu2nya wakil dari UM, Ang Zhen Yuan