Sunday, August 5, 2018

THROWBACK MSSM Chess Championship For GiLoCatur's Family - Intro

As posted at https://www.facebook.com/saleh.latif:

Di antara waktu Maghrib dan Isyak semalam (Sabtu, 4 Ogos 2018), Hj Saleh memandu di Bandar Kelang melalui Hotel Goldcourse. 

Tiba-tiba ingatan dan memori Hj Saleh terimbau ke Kejohanan Catur MSSM 2009 yang dihost oleh MSS Negeri Selangor di mana hotel ini sebagai venuenya.

Kejohanan Catur MSSM Edisi 2009 adalah sangat bersejarah buat Hj Saleh, dikenali sebagai GiLoCatur di kalangan komuniti catur Malaysia, dan keluarga. Edisi 2009 inilah merupakan debut atau edisi sulung Hj Saleh sebagai seorang "chess parent" menghadiri dan mengikuti Kejohanan Catur MSSM.

Part of MSSM Chess Championship 2018 Schedule


Edisi 2018 akan bermula esok. Semua pemain-pemain catur yang mewakili MSS setiap negeri, termasuk Fahim Al-Faqeh ie anak bongsu Hj Saleh sudah bersedia untuk bertarung di atas papan catur untuk memberi kemenangan kepada pasukan negeri masing2. 

Kejohanan Catur MSSM 2018 merupakan edisi ke 9 bagi Hj Saleh (GiLoCatur) dan isteri. Hanya Edisi 2014 di Kuching, Sarawak Hj Saleh dan isteri tidak hadiri kejohanan memberi sokongan kepada anak2.

Insya Allah, Hj Saleh akan membuat "Throwback" bagi setiap edisi Kejohanan Catur MSSM (2009 - 2016) sebagai satu kenangan dan sejarah kepada keluarga Hj Saleh.

Adakah Hj Saleh akan berada di Universiti Malaysia Terengganu, venue Kejohanan Catur MSSM 2018 untuk memberi sokongan moral kepada Fahim Saleh seperti kebiasaan? Kita tunggu dan lihat nanti.

At MSSN9 2018 Chess Champhionship
Fahim emerged as the Champion for L18 Individual category

Catur MSSM 2018 adalah edisi kedua terakhir bagi Hj Saleh dan isteri kerana hanya tinggal Catur MSSM 2019 sebagai penutup buat Fahim yang sekarang berada di Tingkatan 4. 

Fahim and his new MSS state team which is NEGERI SEMBILAN at UMT
before the first round kick off this morning
(photo credit : KONTINGEN N9 MSSM 2018 Whatsapp group)

Selamat bertanding kepada putera bongsu kami, Hj Saleh dan Hjh Nor Azizah, FAHIM AL-FAQEH dan rakan2 sepasukannya. Semoga beroleh kejayaan cemerlang!

(nota gambar: Gambar Pasukan Catur 2018 MSSN9 adalah dari group whatsapp KONTINGEN N9 MSSM 2018.)

#MSSMCatur2018
#GoGoGoPasukanMSSN9

No comments: