Friday, July 7, 2023

SAJAK CATUR

Sedang sibuk-sibuk mengemaskini koleksi foto dan fail-fail digital, GiLoCatur terjumpa sebuah sajak yang bertajuk "CATUR" tulisan Lotpi Amir (seperti gambar di bawah).
Sajak CATUR
oleh Lotpi Amir

GiLoCatur kurang pasti sajak tersebut disiarkan di akhbar atau majalah apa. Ianya telah GiLoCatur imbas (ie scan). GiLoCatur juga minat menulis sajak. Adalah beberapa buah sajak yang GiLoCatur tulis dengan nama pena SAHALA SB. 

Secara ringkas penelitian GiLoCatur terhadap sajak ini, ada kata-kata yang ramai tidak tahu malah amat jarang sekali diguna pakai seperti sasana, runyam, semburat, seteru, sumringah, pecundang, seseru dan ajudan. 

 GiLoCatur hanya tahu dan faham tiga perkataan sahaja iaitu seteru, pecundang dan seseru yang masih diguna pakai oleh warga Indonesia. Perkataan lain GiLoCatur tidak pernah dengar dan tahu ertinya. Malah sasana adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud dewan kejohanan catur dalam konteks sajak ini. 

Lantas GiLoCatur tanya Pakcik Google tentang sajak-sajak catur jika ada. Ada rupanya sajak-sajak berkaitan catur. Antara penyajak yang suka menulis tentang sajak CATUR adalah Ook Nugroho. Beliau telah menulis sajak-sajak berikut - Enam Langkah Jalan Bidak, Alexander Alekhine Mengingat Mikhail Botvinnik, Pelajaran Dasar Bermain Catur, Promosi Bidak Tuan Fischer dan Setindak-Setindak Lurus Jalan Bidak. Sajak-sajak ini boleh view di sini, sini, sini, sini dan sini.

GiLoCatur kurang pasti samada Ook Nugroho adalah seorang pemain catur yang aktif menyertai pertandingan dan kejohanan catur. 

#sajakCATURolehLotpiAmir 
#ilovechess