Thursday, May 28, 2026

CHILLING & HEALING DI PD (Port Dickson)

 

Dah lamo sey tak datang PD. Maso mudo dulu dulu korap yo datang bawa anak2 berkelah.

Maso tu tak do laei water front ni.

GiLoCatur di dopan laut PD

Nunggu time check in. Poei Muzium TUDM tadi ponoh parkir kereto. Nak lepak kek pantai, paneh bona. tak tahan doh.

Sonok layan angin laut yg menyapa pipi dan muko sey yg dah mulo bekodut kih kih

Chilling di Waterfront PD

Chilling di Waterfront PD

Datang PD buek kojo pun ado. Hujung 1990an. Server pejabat imigresen di PD ado problem maso tu. Tak ingek dah ado bermalam ko tak. Maso tu highway tak sesosak la ni. Awak pun masih mudo belia lagi. Memandu Proton Saga putih selamb yo. Yo lah maso tongah betenago kan.

Kono boli some food nak duduk2 chill kat Waterfront PD :(-

Omaaak aiihhh .. lega tokak kono teh O ais time paneh paneh 

Itu cerito lamo lah. Kali ini kito datang nak healing healing yo. Dah jomu stay kek umah.  Pilih hari bekojo, lupo lak time cuti sekolah ha ha

pit stop pertamo kek PD


Nota: kenapo sey suko lagu Rusia nyanyian Rauf & Faik ni? Atas urusan kojo, duo dekad dulu sey ponah sampai Moscow, Rusia. Dokek duo minggu gak sey stay. Banyak kenangan manis. Moscow and Russia amazes GiLoCatur. Maso tu ado gak recce recce album artis Rusia. tak do yg bekonan. Lately baru tahu dan donga lagu2 Rauf & Faik. sodap sodap bhai.


#gilocaturstories

#Aidiladha2026

#chill 


Tuesday, May 26, 2026

SALAM AIDIL ADHA 1447H/2026

 

Alhamdulillah. Bersyukur di atas segala nikmat yg Allah Maha Besar kurniakan kepada hambaNYA yg kerdil dan lemah ini.

Kenangan melakukan wukuf dan melontar jamrah 16 tahun lalu masih segar diingatan. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih atas semua nikmat yg Engkau berikan kepada hambaMu ini.

Hj Saleh (GiLoCatur)seusai solat sunat Aidil Adha di MPA

Marilah kita berdoa dan bermunajat kepada Allah Yg Maha Besar di waktu doa mustajab.

SALAM AIDIL ADHA kepada semua umat Islam!


#gilocaturstories

#aidiladha2026

#hjsalehabdlatif



Tuesday, May 5, 2026

HAPPY BORNDAY TO ANAK PEDUSI TUNGGAL HJ SALEH (GiLoCatur) & NOR AZIZAH

 

Anak pedusi sorang. Ayah sentiasa doakan kakak agar dipanjangkan usia dlm ketaatan kpd Allah dan rasul, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan keselamatan serta jodoh dan pasangan hidup terbaik!

Berikut adalah tiga keping foto Anis aka Kakak pada sambutan hari kelahiran tahun berbeza:

Anis 1

Anis 2

Anis 3

Alhamdulillah. Syukur kepado Allah SWT.
Anak pedusi wakdan dan Nazizah Sulaiman betambah umu setahun ley.
Kojap bonau maso berlalu. Dilahirkan hampir tigo dekad lalu di sebuah hospital Shah Alam (skrg hospital Avisena) di bawah Dr Norleen Salleh.
Ketiko itu kos bersalin masih murah. Alhamdulillah guno kemudahan syarikat. Terpakso membuek keputusan borek berhonti (resign) dari sebuah syarikat glamor demi kemudahan bersalin di hospital.
Ndak sampai tigo ribu pun. Kos bersalin normal kini? Jan cakaplah berapo.
Alhamdulillah, dapek juo service doktor pakar. Kebotulan pulo, Dr Norleen di bawah asuhan doktor pakar, maso belajau, di Poliklinik Ibukota tompek kelahiran abongnya kurang duo tahun sebolum itu. Alhamdulillah, begitulah ketontuan dari Allah.

Anis 4

Kakak, ayah ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke dot dot. Ayah doakan semoga dipanjangkan umur dalam ketaatan kpd NYA dan rosulullah, dimurahkan rezeki, diberi keselamatan dan kesihatan yg baiok always.
Kakak adalah pewaris ughang awak Kampau dan bertorusan selagi kakak ado waris pedusi.


Sunday, May 3, 2026

ANIS SALAH SEORANG PESERTA "SIMUL CHESS" (FM) ISMAIL AHMAD

 Buka album sijil2 anak siang tadi. Nak masukkan semula beberapa sijil yg telah dikeluarkan sebelum ini untuk penulisan e-buku.


Terjumpa sijil seperti di bawah. Pernah sertai "simul chess" ketika anak2 aktif bermain catur hampir dua dekad lalu.

Sijil Penyertaan Anis di "Simul Chess" (FM) Ismail Ahmad


Ketika itu dua pemain catur tempatan yg kerap bersaing dalam acara ini. Hj Saleh (GiLoCatur) pun turut serta sekali.

Pertama, CM Sir Collin Madhavan. Tahun 2009 kalau tak silap. Lupa sudah berapa ramai disimulkan oleh Collin. Ada gambar Hj Saleh (GiLoCatur) dan Fikri Saleh. Masa itu guna digital camera. Hp belum secanggih sekarang.

Kedua, FM Ismail Ahmad. Anis sertai acara simul dan dapat sijil penyertaan seperti di bawah. Cuba juga cari sijil penyertaan Fikri, tapi tak jumpa pula. Mungkin dia tak sertai sebab sudah bersekolah menengah.

GiLoCatur kurang pasti siapa yg pegang rekod MBR antara mereka berdua dalam "chess simul" di Malaysia.

Semoga fb entry ini sebagai satu rekod sejarah tentang catur di Malaysia dalam bab "simul chess".

Majulah CATUR untuk negara dan GENS UNA SUMUS!

#gilocaturstories
#chesssimul
#fmismailahmad
#cmcollinmadhavan
#chessconnectus

Saturday, May 2, 2026

PUISI SPONTAN

Kehidupan ala ala kini

Urusan basuh baju di kedai laundry
bukan isu hujan masalah jemur kain
tapi dek masalah teknikal

aku anak kampung
rumah di ceruk negeri Selangor
letrik dan pili air baru nikmati tahun 1980an
pasang tv guna gen set
nak maghrib baru ia dihidupkan
tak kenal peti ais

baru kenal mesin basuh hujung 1980an
basuh baju sendiri di negara Uncle SAM
perlukan dua quarter untuk sekali basuhan
lepas basuh, baju dikeringkan
fasiliti ada di setiap penempatan

begitulah sebuah kehidupan
dunia berubah nama kemajuan
bersyukurlah kita kepada tuhan
belajar adaptasi agar tak ketinggalan

SAHALASB
puncak alam
2 mei 2026
936mlm

Laundry di Puncak Bestari