Monday, March 5, 2018

Pasukan UiTM Jadi Juara


Pasukan UiTM yang disertai oleh Daniel Iskandar Noor Akbar, Fikri Saleh, Muhd Aziz Farhan Noor Akbar, Wan Mohd azmie Wan Abdul Rahim dan Coach UiTM Nor Azmi Mohd Nor telah berjaya menjuarai Kejohanan Catur Berpasukan Terbuka IPT & Jemputan Smart Selangor 2018 Piala YB Tuan Nik Nazmi yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada hari Jumaat dan sabtu lepas.

Pasukan UiTM yang bermula di ranking kelima berjaya menewaskan 21 buah pasukan lain. Dengan kemenangan ini mereka berjaya memenangi wang tunai sebanyak 1,500 ringgit, medal dan piala pusingan. 

Pasukan UiTM telah berjaya menang 5, seri 1 dan kalah 1. Mereka mengumpul 11 match point. Keputusan penuh kejohanan ini boleh dicapai di URL - http://chess-results.com/tnr336246.aspx?lan=1


Pasukan UiTM
(Dari kiri) Wan Azmie, Fikri, Daniel, Aziz Farhan dan Coach Nor Azmi

Pasukan UiTM lawan Pasukan Pahlawan 2.0 di Pusingan Ke-4

Senarai Pemenang

Final Ranking

SYABAS dan TAHNIAH GiLoCatur ucapkan kepada Pasukan UiTM. 

No comments: