Dengan ini poll kedua ditutup! Berikut adalah keputusan undian / poll kedua. The Malaysian chess community has spoken. An outstanding 136 had voted. 2/3 atau 87 tidak menyokong. Hanya 32% atau 44 yang menyokong. Sementara 4% yakni 5 undian tidak kisah / tidak peduli.
GiLoCatur harap pihak Jaffolea akan mengambil kira dan mengguna pakai keputusan undian ini.
Firstly, terima kasih kepada semua yang membuat undian. Bermacam-macam feedback dan comment berkenaan undian atau poll ini. Ada yang berbentuk konstruktif dan ada juga sebaliknya. Ada juga yang begitu menyampah. GiLoCatur amat mengharapkan semua warga komuniti catur di negara ini memberikan pendapat, pandangan dan membuat pilihan secara rasional dan berdasarkan fakta; bukan dengan emosi. Sudah sewajarnya seorang pemain catur yang bijak menggunakan minda dan akal fikiran memiliki pemikiran dan intelektualiti yang tinggi.
Terima kasihlah kepada yang tolong promote tentang undian ini di semua shoutbox local chess blog walaupun GiLoCatur tidak minta sesiapa untuk berbuat demikian. Malahan GiLoCatur sendiri tidak mengundi dan juga tidak call atau contact sesiapa untuk berbuat begitu. Memandangkan GiLoCatur pernah terlibat dalam membuat survey sebelum ini dan pernah juga berkursus dengan mereka yang pakar dan ahli, GiLoCatur cuba agar poll dilaksanakan sebaik mungkin dan seadil yang mungkin.
GiLoCatur mahu pelawat dan pembaca blog ini sendiri peka dengan isu-isu dan hal-hal yang berkaitan dan bersangkut paut tentang sukan catur di negara ini. Jika poll kedua ini boleh mencecah 136 undian, diharap poll-poll yang lain juga akan mendapat response yang baik sebegitu.
Sekali lagi, thank you very much to all especially who had participated in the poll. Hopefully, they will participate in other next polls. GiLoCatur also welcomes any topic, matter, idea or issue for the polls.
No comments:
Post a Comment