Saya tidak perlu menipu anda tentang kebaikan catur terhadap solat atau sebaliknya.
Saya sendiri tidak pernah dengar perkara yang sedemikian.
Apa yang saya cuba ketengahkan di sini adalah keperluan pemain catur Muslim meneliti jadual pertandingan agar tidak mengganggu solat. Dalam erti kata yang lain, abaikan pertandingan yang mengganggu aktiviti solat.
Bagi sahabat-sahabat non-Muslim, tulisan saya ini dapat dijadikan panduan sekiranya anda mahu menganjurkan kejohanan yang bersifat mesra Muslim :)
Seorang Muslim bersolat biasanya tidak lebih dari 20 minit bagi satu solat 4 rakaat. Abaikan makna `rakaat' jika anda tidak faham maknanya, cuma fahamkan 4 rakaat adalah jumlah kitaran terbanyak bagi solat yang WAJIB kepada Muslim. Jelasnya, anda boleh andaikan dengan selamat bahawa seseorang Muslim boleh diberi masa 20 minit untuk menunaikan 1 solat.
Setiap hari, Muslim diwajibkan 5 kali solat. Jangan risau sahabat-sahabat non-Muslim sekalian. 2 daripadanya tidak berada di dalam jangka waktu biasa bagi pertandingan-pertandingan catur yang pernah diadakan.
Senarai di bawah adalah senarai waktu ringkas(Waktu Malaysia) 5 solat sehari bagi Muslim:
Subuh - sekitar 05.45 pagi hingga 7.15 pagi
Zuhur - sekitar 01.00 petang hingga 04.20 petang
Asar - sekitar 04.20 petang hingga 07.30 malam
Maghrib - sekitar 07.30 malam hingga 08.20 malam
Isya' - sekitar 08.20 malam hingga Subuh.
Memandangkan jarang berlaku pertandingan seawal 07.00 pagi atau melepasi 12.00 malam, maka 2 waktu solat sudah selamat tidak diganggu.
Waktu ketiga yang biasanya tidak diganggu juga adalah waktu Zuhur yang mana, manusia-manusia bertamadun, mengambil masa sekitar 12.30 tgh hari sehingga 02.00 petang untuk dijadikan waktu makan tengah hari. Waktu Zuhur berada di dalam waktu makan tengah hari tersebut. Selamat satu lagi solat tanpa gangguan.
Bagaimanapun terdapat beberapa ketika, penganjur tidak cermat tentang waktu tengah hari ini. Terdapat penganjur yang menetapkan waktu mula aktiviti pada jam 01.30 petang. Sungguhpun pada waktu ini mungkin ramai Muslim sudah solat, tetapi ia menimbulkan satu kecemasan kepada pencatur Muslim. Takut-takut terlewat mula permainan.
Dua waktu yang berbaki iaitu Asar dan Maghrib tidak menjadi masalah kepada acara rapid, tetapi sekiranya acara tersebut bertempoh 1 jam bagi setiap pemain, perkara ini harus diperhatikan.
Kita ambil contoh, Penang Chess League yang akan diadakan pada 19 dan 20 Disember ini. Round 2 bermula 04.10 petang dan Round 3 bermula 07.30 malam.
Round 2 akan berakhir - sekiranya digunakan secara maksimum - pada jam 06.10 petang. Masih boleh solat Asar walaupun ia kurang baik bagi individu Muslim tersebut. Round 3 akan berakhir pada jam 09.30 malam sekiranya digunakan sepenuhnya. Maka solat Maghrib tidak dapat dilakukan.
Saya tahu arbiter boleh benarkan peserta keluar solat, walaupun rasanya agak payah, tetapi sekiranya mudah keluar sekalipun, ia mengganggu fokus pemain, menimbulkan rasa cemas, solat tidak boleh fokus dan hati yang tidak tenang.
Saya juga tahu masa tidak semestinya digunakan sepenuhnya. Tetapi anda juga tahu, tidak ada pemain yang akan meninggalkan meja lebih awal sekiranya pemain tersebut merasakan beliau boleh menang. Segalanya mungkin.
Mujurlah rasanya pada 19 dan 20 Disember ini, waktu Maghrib di Penang masuk lebih awal. Sila semak jadual waktu solat di Pulau Pinang. Itupun, masih boleh menimbulkan rasa cemas. Lagi-lagi pula sekiranya dewan solat tidak berada berdekatan dengan tempat pertandingan.
Round 2 DATCC FIDE Rated Individual (Classical) yang bakal diadakan pada 14 November ini juga menimbulkan masalah yang sama. 07.00 malam - 10.00 malam, tiada waktu untuk solat Maghrib.
Atas semangat 1Malaysia, saya syorkan jadual diubah sedikit mengikut kebijaksanaan tuan penganjur. Contohi penganjur IIUM 2009 yang sanggup menerima kritikan, membetul kesilapan atas semangat masyarakat Malaysia yang majmuk.
Salam 1Malaysia, Majulah Catur untuk Negara.

IYASILIAS
2 comments:
Good article. Walaupun saya perhatikan ramai pencatur Muslim yang meringankan solat namun hal ini perlu diberi perhatian sewajarnya oleh Penganjur..
Assalamulaikum inilah apabila penganjur tidak perihatin dengan kehendak seorang Muslim yang hanya memerlukan ruang untuk bersolat.
Di negara sendiri pekara yang tidak perihatin saperti ini kerap berlaku dan ada kala nya oleh penganjur yang merupakan orang Islam atau sengaja buat tidak peka kehendak agama.
Sifu sokong agar perbincangan ini mendapat perhatian oleh semua terutama pemain atau ibubapa yang berhak bersuara untuk menyedarkan penganjur yang tidak perihatin berkenaan pekara yang mudah tapi di perleceh.
Satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan tidak menyokong kejohanan saperti ini.
Post a Comment