Monday, January 11, 2010

... Dan Lagi ... Isu MSSM di Berita Minggu


Sedikit harapan yang dijanjikan ... Harap bukan hanya sekadar harapan ... Biar ia menjadi suatu kenyataan.

Oleh Ahmad Khawari Isa

ahmadkhawari@bharian.com.my

Kami cuba cari penaja untuk selamatkan: Jame

KETIKA bayangan ajal kian hampir, ada 'tangan penyelamat' tampil untuk cuba memastikan 11 sukan terpinggir daripada kalendar Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun ini, tidak terus disemadikan.

Ia terjelma menerusi usaha Bahagian Sukan, Seni dan Ko-kurikulum (BSSK) Kementerian Pelajaran yang mahu 'memancing' penaja untuk tetap menganjurkannya.

Jame Alip, Pengarah BSSK
"Jumlah 11 sukan itu pada ketika ini akan hanya dipertandingkan di peringkat daerah dan negeri. Tetapi BSSK mengatur beberapa strategi melaksanakan penganjurannya di peringkat kebangsaan.


"Antara yang diusahakan ialah berbincang dengan persatuan sukan kebangsaan bekerjasama menganjurkannya. BSSK juga kini berusaha mencari penaja untuk membiayainya," kata Pengarah BSSK, Jame Alip ketika dihubungi, semalam.

( GiLoCatur : Diharap MCF (Malaysian Chess Federation) tidak terlepas pandang berkenaan hal ini. Pencinta, penggiat catur dan ibubapa amat mengharapkan MCF memastikan catur sentiasa mendapat tempat, diberi perhatian dan tidak ketinggalan atau "missing the boat"!)


Ia adalah reaksi balas pantas selepas pendedahan, kelmarin, betapa 11 sukan 'jadi mangsa sembelihan' apabila digugurkan daripada kalendar MSSM gara-gara pemotongan peruntukan kewangan tahunan.

"Kami memang harap pihak penaja tampil membantu membiayai penganjuran peringkat kebangsaan. Ia untuk memastikan usaha terus memperkasakan sukan negara jadi kenyataan.

"Anggap ini sebagai tanggungjawab sosial kepada negara. Kalau bukan kita yang sama-sama membantu memartabatkan sukan negara, siapa lagi. Dan kalau bukan sekarang, bila lagi," tegasnya.

Usaha menyelamat itu termasuk juga inisiatif mempertandingkan semua tiga kategori – bawah 12, 15 dan 18 tahun – pada setiap sukan berkenaan, termasuk acara bola sepak yang asalnya dijadual untuk bawah 12 dan 18 tahun sahaja.

"Untuk bola sepak, Kejohanan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pemain bawah 14 dan 17 tahun akan diteruskan hasil bantuan penaja, 100Plus. Kita harap ramai lagi penaja akan hadir memberikan bantuan sebegitu," kata Jame


sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sukan/20100110080346/Article/

No comments: