Wednesday, November 12, 2008

Tokoh Nilam SKBJ

Fikri menerima trofinya sebagai Tokoh Nilam SKBJ 2008!



Anis menerima hadiah dari Cikgu Pn Jamaliah sebagai Tokoh Membaca SKBJ 2008. Cikgu Pn Rosni, GPK SKBJ,  memerhati.



(Terkejut juga aku bila nak copy pictures dari my digital camera Nikon Coolpix L14 ke notebook bila gambar-gambar yang tidak sempat ku copy sebelum ke Kuching yang aku ingatkan telah ter'erase' sewaktu melalui security scanner di airport, ada kembali. Sungguh gembira aku dibuatnya!)


Fikri dan Anis menerima trofi dan hadiah Tokoh Nilam dan Tokoh Membaca SKBJ 2008 ketika sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat sekolah pada 30 hb November lepas. Program NILAM (Nadi Ilmu Amalam Membaca) merupakan satu program yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan yang bertujuan untuk menanam sifat suka membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Bukan senang sebenarmya untuk menanamkan semangat membaca di kalangan anak-anak kita. 

Banyak juga pengorbanan yang perlu dibuat terutamanya masa dan kewangan. Pengorbanan masa ialah dengan menghabiskan sebahagian waktu hujung minggu berkunjung ke perpustakaan. Perpustakaan yang aku dan anak-anak kerap berkunjung adalah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di Jalan Tun Razak dan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS)  di Shah Alam. Dari segi kewangan pula, banyak juga wang diperlukan untuk minyak kereta dan tol. tetapi pengorbanan ini bagiku merupakan satu tanggungjawab sebagai ibubapa. 

Anak-anak di zaman ini seharusnya rasa sangat bertuah kerana pelbagai kemudahan yang ada seperti program ini, kecanggihan perpustakaan dan sumber-sumber buku yang banyak. Teramatlah mengecewakan jika generasi pelajar sekarang tidak menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Jika di zaman aku dahulu, tidak ada program seperti ini. Kemudahan perpustakaan juga tidak sebaik sekarang. Perpustakaan daerah agak jauh dari rumah dengan sistem pengangkutan yang tidak bagus. Kalau adapun hanya perpustakaan bergerak. 

Tetapi masihku ingat walaupun sekolahku, Sekolah Kebangsaan Sungai Tengar (SKST), berada di bahagian pendalaman sebelah Utara negeri Selangor di kelas kami ada mini perpustakaan. Membaca memang merupakan salah satu kegemaranku. Dahulu aku suka membaca buku-buku siri penyiasatan Enid Blyton. Sekarang aku lebih gemar membaca buku-buku biografi, sejarah dan yang berkaitan politik. Dan tidak lupa juga dengan buku-buku catur. 

Justeru itu aku menyeru generasi pelajar di negara ini agar mengambil peluang untuk rajin membaca dan sertailah program Nilam di sekolah. Ajak dan pujuklah ibubapa yang senantiasa sibuk untuk pergi ke perpustakaan. Jadilah ahli supaya boleh membuat pinjaman buku. Tidak mahal belanjanya. Malah kalau tidak silap aku, ianya percuma sekarang di PNM. Dan juga aku menyeru pihak ibubapa, luangkanlah masa membawa anak-anak ke perpustakaan. Sungguh sangat sedih dengan statistik membaca di kalangan masyarakat kita. 

SELAMAT MEMBACA! SESUNGGUNYA MEMBACA ITU KUNCI ILMU!

No comments: