Friday, November 7, 2008

The Hornbill / Burung Kenyalang



Aku sebenarnya tidak berapa pasti Kenyalang yang dimaksudkan dalam "Sarawak Bumi Kenyalang" itu merujuk kepada apa. Rupa-rupanya ia adalah sejenis burung seperti penerangan di atas. Aku rasa masih ramai rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Sarawak khususnya yang tahu Kenyalang itu apa. Kalau ramai yang tahu baguslah. Tetapi jika sebaliknya,  kalangan generasi muda terutamanya pelajar-pelajar sekolah haruslah diajar dan dididik tentang info penting negeri-negeri di Malaysia. 

Generasi muda itu sendiri perlu ada kesedaran untuk ambil tahu tentang maklumat dan info sejarah dan geografi negara kita. Di era ICT canggih sekarang ini, info adalah di hujung jari. Sekali click, info yang dicari mudah diperolehi. Sungguh beruntung dan bertuah generasi kini, tidak seperti generasi saya yang tidak kenal apa itu Internet, komputer, laman web, kamera digital dan sebagainya. dengan kecanggihan teknologi yang ada, janganlah dipersia-siakan. Gunakan ke arah kebaikan. Janganlah direkod perkara-perkara aib dan negatif. Rekodlah perkara-perkara positif dan yang membawa kebaikan. 

Wah membebel pulak aku ni ... hehehe al-maklumlah awak dah dipanggil "pakcik".      :)-


No comments: