Opening Game 1
Sekali lagi GiLoCatur berentap dengan Wak Eddy di ETIQA cafe pada 11.11.2008 yang lalu. Pada Siri 1 GiLoCatur telah "membelasah" Wak Eddy 2-0. Wak Eddy sanggup menyahut cabaran pada hari tersebut untuk HeiTech Challenge Siri 2. Dalam Game 1, GiLoCatur bermain buah hitam sementara Wak Eddy bermain buah putih. Wak Eddy guna e4 opening.
Midgame Game 1
Nampaknya Wak Eddy sungguh agresif sekali dengan menggerakkan Queen di awal midgame stage.
GiLoCatur telah melakukan sedikit kesilapan sewaktu endgame di mana memberi peluang kepada Wak Eddy mendapat kemenangan pada game pertama, Siri 2. Sebenarnya GiLoCatur memberi peluang kepada Wak Eddy menang supaya memberi semangat kepada beliau dalam siri HeiTech Challenge kami. Jika GiLoCatur je yang asyik dok belasah Wak Eddy tidak syok la nanti siri challenge kami he he he ...
Sungguh gembira Wak Eddy kerana telah berjaya menang dalam game pertama, Siri 2. Rupa-rupanya beliau setelah kena belasah pada Siri 1, pulun berlatih semata-mata ingin menebus kekalahan tempohari. Ini sudah cukup bagus. Ada nampak sedikit improvement pada permainan beliau. Nampak beliau lebih fokus dan serius bila memikirkan strategi dan taktik sewaktu bermain. Bravo! Wak Eddy.
Seperti yang GiLoCatur katakan tadi, game 1 saja diberi pada Wak Eddy. Dalam game 2, GiLoCatur bertahan ketika Wak Eddy menyerang bertubi-tubi dan akhirnya berjaya "menitik" King beliau. GiLoCatur bermain "superb" di Midgame stage dan juga Endgame setelah beberapa exchange dan sacrifice.
GiLoCatur bermain buah putih pada game 3 dengan membuat d4 opening ala Alekhine. GiLoCatur telah merekod game ke 3 ini supaya chess challenge kami menjadi lebih menarik.
Nampaknya Wak Eddy sungguh agresif menyerang dengan Queen dan Knight. Malangnya beliau tidak dapat buat castling setelah GiLoCatur merobek defensenya.
GiLoCatur – Wak Eddy [D94]
HeiTech Challenge, Game 3, 11.11.2008
1.d4 d5 2.c4 Nf6 3.e3 g6 4.Nf3 Bg7 5.Nc3 a6 6.c5 c6 7.a3 e6 8.b4 b6 9.Bd3 bxc5 10.bxc5 Qe7 11.Ne5 Nh5 12.Rb1 Bxe5 13.dxe5 Nd7 14.Na4 Nxe5 15.Be2 Qf6 16.Bxh5 gxh5 17.Qxh5 Nc4 18.Rb4 Qa1 19.0-0 Rg8 20.Bb2
Amat malang sekali, kerana game kami terganggu kerana Etiqa cafe hendak ditutup. Lampu telah dipadamkan. Wak Eddy nampaknya begitu bersemangat untuk meneruskan permainan. Untung juga GiLoCatur telah rekod game tersebut, maka ia boleh disambung di kemudian hari. Permainan ini terhenti pada move ke 20, Black to move.
SIAPA YANG MEMILIKI WINNING ADVANTAGE? SIAPA YANG BAKAL MENANG? GiLoCatur atau Wak Eddy?
No comments:
Post a Comment