Artikel berikut menyarankan :
- Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, joging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu (sebahagian aktiviti, ibubapa pun tidak berkemahiran ... :)- )
- Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah tempat-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi
- Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional. (congkak, batu seremban, konda kondi, galah panjang atau CATUR? ... :)- )
- Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton tv bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
- Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
- Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca. (alhamdulillah aku ada buat aktiviti ini.)
- Kalau anda ada kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak. (anak-anak minat game aje! Ibubapa pun sama hehehe)
- Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama. (KELAS CATUR!!)
- Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan. (PERTANDINGAN CATUR!!)
Ada sesiapa ingin memberi komen??
No comments:
Post a Comment