Gambar "Jantan" mana pulak yang GiLoCatur dok share ni. Pelakon ke si mamat selekeh dan serabut seperti gambor di atas tu? Macam rupa seorang pengemis aje atau "beggar" kata orang putihnya. Memang beb, lelaki tersebut merupakan seorang pengemis jalanan di negara China. CHENG GUORONG namanya. (Jika anda belum baca tentang kisahnya di akhbar KOSMO mukasurat 52 bahagian DUNIA, sila ke pautan ini.)
Dek kerana Guorong yang berumur 34 tahun ada X factor (kacak, handsome, seksi) beliau telah jadi terkenal dan diminati setelah gambarnya tersiar di alam maya aka INTERNET. Bukan setakat itu sahaja, Guorong telah diberi wang oleh para peminatnya untuk memulakan kehidupan baru setelah kehilangan pekerjaan dan kehabisan wang simpanan. Dek kerana pengaruh internet, kini beliau mendapat pelbagai tawaran dan offer dan tidak menyelongkar tong-tong sampah lagi.
(GiLoCatur : Agak-agak kalau GiLoCatur jadi macam dia boleh jadi terkenal jugak ker tak? Ada X factor tak GiLoCatur? hahahaha ... )
Pengaruh dan keupayaan INTERNET memang tidak dapat dinafikan lagi. Apa yang diperlukan sedikit X factor. Itulah sebabnya internet merupakan salah satu kaedah marketing yang paling berkesan dan berpengaruh.
MAKA AMAT RUGILAH KITA JIKA TIDAK MENGGUNAKAN IA SEBAIK MUNGKIN UNTUK APA JUA PROMOSI DAN PEMASARAN!
One big question in GiLoCatur's mind right now is, WHAT IS THE X FACTOR FOR CHESS? Anyone has the answer?
No comments:
Post a Comment