Sunday, July 4, 2010

Corat Coret NCC 2010 - Part 2


Dalam Part 2 Corat Coret NCC pada kali ini, GiLoCatur ingin highlight tentang beberapa orang "chess buddy" iaitu Syed Iskandar, Ng6, Badbishop dan Saprin.


Yang pertama, Syed Iskandar atau juga dikenali sebagai SyedChess seperti alamat laman blog catur beliau. Humble dan down-to-earth orangnya. Masih single lagi. So, kepada peminat2 catur wanita di luar sana ... bolehlah try your luck he he he ...

Bagaimana keputusan Syedchess?

Seeded : 43
Ranking : 35
Menang 4, seri 2 & kalah 3, 5 mata



Yang kedua, Razali Hamzah (bert-shirt merah) atau nama glamernya Ng6. Salah seorang pemain chess fanatik. Pernah bermain tiga FIDE-rated tournament dalam seminggu. Juga seorang chess blogger. Salah seorang ahli 17ChessClub. Seorang yang ceria bila bersembang-sembang, tetapi awas ... beliau akan jadi serius bila sedang bertarung.

Bagaimana keputusan Ng6?

Seeded : 48
Ranking : 64
Menang 3, seri 2 & kalah 4, 4 mata

GiLoCatur : Satu keputusan yang kurang memuaskan sudah pastinya bagi Ng6. Tetapi GiLoCatur yakin, Ng6 akan lebih cemerlang di masa akan datang. Dengan aktiviti chess sparringnya setiap minggu, Ng6 akan bounce back di kejohanan2 catur mendatang.



Badbishop atau Norazlin Juarih berasal dari Kelantan. Juga seorang chess fanatic. Beliau dikenali sebagai Badbishop kerana laman blog caturnya. Seorang penggiat catur yang bersemangat dan rajin. Semoga usaha-usaha memajukan sukan catur di Kelantan khususnya bersama2 kawe-kawe beliau akan berterusan dan cemerlang.

Bagaimana keputusan Badbishop?

Seeded : 73
Ranking : 65
Menang 3, seri 2 & kalah 4, 4 mata



Mohd Saprin (kanan) merupakan salah seorang pemain Top 30 Malaysia. Beliau berada dalam Kelab Elo 2100 Malaysia. Daripada pengamatan GiLoCatur, beliau merupakan seorang pemain catur yang licik.

Bagaimana keputusan Saprin?

Seeded : 3
Ranking : 5
Menang 6, seri 1 & kalah 2, 6.5 mata

(Kategori Gambar Klasik)
di"digitalize" oleh GiLoCatur pada 1 Mei 2010 dari koleksi album Encik Hamid

Cuba teka yang mana satu Saprin ketika zaman belia remaja dahulu? Yang kanan atau yang kiri.

No comments: