Tuesday, July 27, 2010

GiLoCatur Jengok Kebun Sawit Hujung Minggu - 24 Julai 2010


Pada hujung minggu yang lalu, 24 & 25 Julai 2010, GiLoCatur sekeluarga pulang ke kampung di Simpang Lima dan Sabak Bernam. Di antara aktiviti utama GiLoCatur jika balik ke kampung sejak kebelakangan ini adalah untuk menjengok dan memantau kebun sawit yang GiloCatur dan isteri, Azizah, sedang usahakan.

GiLoCatur sebenarnya masih baru dalam menguruskan kebun kelapa sawit. Masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Kebun sawit GiLoCatur tesebut berkeluasan 4 ekar atau 11 baris kelapa sawit. "Berapa batang pokok kelapa sawit dalam sebaris?", GiLoCatur bertanya kepada anak-anak ketika membawa mereka sama ke kebun tersebut. GiLoCatur berpendapat, mereka perlu didedahkan kepada hal-hal seperti ini agar mereka menghargai penat lelah untuk mencari wang pendapatan. Adalah satu perkara yang merugikan jika anak-anak tidak diberi exposure dan knowledge di luar kelas. Ilmu akademik semata-mata tidak mencukupi dan memadai. Pembelajaran sewajarnya tidak terhad di dalam kelas. Itulah prinsip dan pandangan GiLoCatur.


Anak-anak pokok sawit yang sedang membesar. Rumput rampai perlu diracun agar pembesaran anak-anak pokok sawit tidak terganggu. Aktiviti tersebut dipanggil MERACUN.



Tidak semua anak-anak pokok sawit tumbuh dengan elok dan subur. Banyak juga yang mati. Antara puncanya ialah dimakan babi hutan. Ya, ada babi hutan yang merosakkan anak-anak pokok sawit. Anak-anak pokok sawit tersebut perlu diganti atau diSULAM. Mengikut data dan statistik untuk kebun sawit GiLoCatur, sebanyak 48 pokok perlu diSULAM. Ini bukan kali pertama, semenjak mula ditanam GiLoCatur dan isteri telah membeli sulaman pokok sawit sebanyak 3 kali. Mengikut ingatan, 10 pokok kali pertama, 50 pokok kali kedua dan 10 kali ketiga.

Pada hujung minggu yang lalu, GiLoCatur dan isteri membeli sebanyak 30 anak pokok sulaman lagi (gambar di atas). Berapa ongkos yang diperlukan untuk aktiviti sulaman tersebut?

pokok sulaman >> 30 pokok x RM 10 = RM 300
upah menyulam >> 30 pokok x RM 3 = RM 90

Ditambah dengan upah meracun, 11 baris x RM 10 = RM110 dan harga racun >> RM 86. Jadi, keseluruhan ongkos yang keluar dari kantong isteri GiLoCatur adalah sebanyak RM586.



Sebenarnya pelbagai jenis racun untuk pokok sawit terdapat di pasaran. Untuk aktiviti meracun kali ini, GiLoCatur beli racun yang dikenali sebagai ECOMEX. Sebelum ini GiLoCatur dan isteri beli racun WEED HOE, racun lambat mati. Nak tahu berapa kuantiti racun diperlukan untuk kebun sawit GiLoCatur yang seluas 4 ekar tersebut? 8 liter atau 2 pek / botol racun seperti gambar di atas.


Nampak tak pokok sawit di atas sudah mula berbunga? Hah! Tak lama lagi lah tu, kebun sawit mula berbuah dan mengeluarkan hasil. Banyak udah keluor belanje tu yeop, tak sabor nak nunggu kutip hasil. he he he ...


No comments: