Monday, July 27, 2009

Update on Zone 3.3 World Chess Championship Qualifiers


Gambar di atas merupakan statistik prestasi dan keputusan permainan-permainan IM Mas Hafizulhelmi, satu-satunya wakil negara di Kejohanan Catur Dunia Pusingan Kelayakan Zon 3.3 yang sedang berlansung di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selepas pusingan ketujuh.

Satu keputusan yang boleh dianggap cemerlang kerana setakat ini IM Mas masih belum tewas. Beliau menang 2 dan seri 5 kali. Dia menang ke atas GM Vietnam, Bui Vinh, yang juga merupakan pilihan ketujuh dengan FIDE rating 2517 di pusingan ketujuh.

Di pusingan kedua dan kelima IM Mas telah seri dengan GM kebanggaan Vietnam, Nguyen Ngoc Truong Son (pilihan ketiga), dan GM veteran Filipina Eugene Torre (pilihan keempat). Beliau akan menentang pemain tuan rumah CM Nguyen Hoang Nam di papan ketujuh dengan bermain buah hitam. Diharap IM Mas menang pusingan kelapan esok jam 2.00 petang waktu Vietnam.

Setakat pusingan ketujuh, rating performance IM Mas adalah 2466 dan menduduki ranking ke 9. Di awal kejohanan, IM Mas menduduki ranking ke 18.


No comments: