Tuesday, April 7, 2009

7 April - A Historic Day

Hari ini 7 hb April, merupakan satu hari yang bersejarah terutamanya kepada diri GiLoCatur. Selain dari hari mengundi bagi 2 Bukit dan satu Batang iaitu Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Air, hari ini juga merupakan hari kelahiran GiLoCatur. Ya! Happy birthday to me. Semoga Allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan merahmati perjalanan hidup. Semoga cita-cita GiLoCatur membentuk ketiga-tiga anak sebagai genius catur dan GrandMaster akan tercapai. Sudah pastinya jalan-jalan yang berliku dan pelbagai cabaran dan onak ranjau yang bakal dihadapi. 

Kepada semua pengundi yang mengundi pada hari ini, SELAMAT MENGUNDI! Undilah dengan bijak. GiLoCatur akan menunggu keputusan pilihanraya pada malam ini. Sebagai seorang warga negara ini kita perlu prihatin dengan segala perkembangan yang berlaku. Tidak boleh prihatin hanya kepada satu-satu perkara sahaja seperti catur atau EPL. Harap semua pemain-pemain catur di negara ini juga begitu. 

3 comments:

aidil_upnm said...

Happy Birthday pakcik saleh a.k.a GiloCatur..semoga pnjg umur n dimurahkan rezeki..amin..

GiLoCatur said...

TQ aidil di atas ucapan sdra. So, macam mana kelab catur sdra? semoga aktif dan berkembang.

aidil_upnm said...

Memandangkan kami start exam 20/4, xtvt kami dihentikan seketika, tumpu kat exam..lgpun spnjg exam kami xleh kluar, sbln terkurung, huhu..Insya-Allah, masum nnt kami hntr team, tp sy xmain la, bg chance kat org lain, sy join silat..