Sunday, April 19, 2009

SIO Update

GiLoCatur tidak update keputusan bagi pusingan ke 7 & 8 lebih awal kerana berada di kampung iaitu di Sungai Besar. Akses internet guna broadband agak slow, so bila dah wee hours sebegini barulah nak update. Itu pun lepas menonton game Chelsea dan Arsenal. Happy sebab pasukan pilihan GiLoCatur iaitu Chelsea telah menang 2 - 1. Pemain kesukaan GiLoCatur iaitu Didier Drogba telah menjaringkan gol kemenangan di second half permainan.   

Back to SIO dan game IM Mas. Hari ini beliau menang kedua-dua game iaitu bermain buah hitam menentang Andrew Brown (FIDE 2085) di sebelah pagi dan lawan pemain Iran, Abdoulla Zibaei (FIDE 2067). Ini bermakna setakat pusingan ke 8, keputusan IM Mas adalah +4-1=3 iaitu menang 4, kalah 1 dan seri 3. Dalam pusingan terakhir esok pagi, beliau akan bertemu dengan IM Deep Sengupta, juara Doeberl Cup baru-baru ini. Harap IM Mas berjaya menewaskan GM dari India tersebut untuk membalas kekalahannya temphari.

BEST OF LUCK MAS! It's time to bed for GiLoCatur. It's past 3.00 am already ... :)-


 

No comments: