Bersempena dengan thematic NMCC blitz tournament minggu ini (6/09) anjuran Hairulov and the gang, GiLoCatur membuat research dan ingin berkongsi info tentang opening Benko Gambit.
Tentang Benko Gambit:
- Benko Gambit adalah opening yang ditentukan oleh pergerakan buah berikut 1.d4 Nf6 2.c4 c5 3.d5 b5, di mana karekter terpentingnya ialah pergerakan b5.
- Nama asalnya ialah Volga Gambit yang lebih popular di Rusia.
- Di penghujung tahun 1960an, seorang Grandmaster berasal dari Hungary bernama Pal Benko mula mempopularkan dan mengkaji secara mendalam tentang opening ini. Pada tahun 1974, beliau yang menetap di Amerika Syarikat telah menulis sebuah buku yang diberi judul The Benko Gambit.
- Menurut Encyclopaedia of Chess Openings, ada 3 kod untuk opening ini iaitu A57, A58 dan A59.
- Menurut statistik chessgames.com, dari 2096 permainan yang ada dalam pengkalan data mereka dari tahun 1922 sehingga 2009, buah putih menang 41.9%, buah hitam menang 30.2% dan selebihnya seri.
Dua game berikut yang berkaitan dengan Benko Gambit, menarik minat GiLoCatur.
Selain itu beberapa game Korchnoi yang berkaitan dengan Benko Opening boleh dikaji secara mendalam dengan klik pada link ini.
Happy studying and analyzing Benko Gambit opening!
No comments:
Post a Comment