Saturday, April 11, 2009

Keputusan Terkini Mas Hafizul Di O2C DOEBERL Cup

Bobby Cheng

WGM Eesha Karavade 
sertai Kejohanan DATMO tahun lepas. Gemar bermain King's Indian (putih) dan Sicilian (hitam)

IM Sengupta Deep
gemar bermain Sicilian opening (putih) dan French Defense (hitam)

Pemain catur negara, IM Mas Hafizulhelmi, telah tewas di pusingan ke 4 kepada pemain India, IM Sengupta Deep (FIDE 2466). Untuk pusingan ke 5, beliau akan bertemu dengan seorang lagi pemain catur dari India iaitu GM Kunte Abhijit (FIDE 2513) di papan ke 4. Walaupun beliau bertemu dengan pemain yang memiliki rating yang lebih tinggi kita doakan semoga beliau berjaya menang. 

GM Kunte Abhijit

Nampaknya pemain-pemain India telah menguasai permainan setakat ini di mana di papan utama dua orang pemain mereka bertemu sesama sendiri. Ada 6 orang pemain India dalam senarai Top 10 starting di kejohanan ini. Setakat ini Mas yang mendapat seeded tempat ke 13, telah menang 3 game menewaskan Bobby Cheng, Dujan Stojic dan WGM Eesha Karavade dan tewas 1. Moh kita doakan semoga Mas berjaya mendapat norm GMnya dalam kejohanan ini.


No comments: