Wednesday, April 15, 2009

SIO Update - Pusingan ke 3


IM Mas meneruskan misi kemenangan beliau di pusingan kedua dengan menewaskan lawannya Gary McNamara dari Australia. Pagi esok pada jam 9.30 pagi waktu Sydney bersamaan 7.30 pagi waktu tempatan IM Mas akan bertemu dengan GM Kunte Abhijit. Di Doeberl Cup beberapa hari yang lepas beliau tewas kepada GM dari India tersebut di pusingan ke 5. (Nota GiLoCatur : Harap maaf!, sebenarnya IM Mas bukan kalah tetapi seri dengan GM Abhijit. Terimakasih kepada "geng" yang telah membetulkan fakta!) Diharap kali ini IM Mas berjaya menjinakkan GM India yang memiliki FIDE rating 2513. Di papan utama GM Dimitri yang juga IM Mas telah jumpa di Di Doeberl Cup, akan bertemu dengan IM Swayangsu Satyapragya. Dan di papan ke 4 pula, dua orang lagi GM dari India yang menjadi seterunya di Canberra akan bersaing sesama sendiri iaitu GM Chakkravarthy dan GM Eesha. 

Round 3 on 2009/04/16 at 0930

Bo.No.NamePts.ResultPts.NameNo.
112IMSatyapragyan Swayangsu22GMReinderman Dimitri2
217IMXie George Wendi22GMNeelotpal Das4
35GMKunte Abhijit22IMMas Hafizulhelmi14
421WGMKaravade Eesha22GMDeepan Chakkravarthy J6

Apa yang menarik pada pusingan ke 2 ialah WGM dari India Nisha Mohota (FIDE 2304) berjaya seri dengan pemain top seed, GM Zhao Zong Yuan (FIDE 2583). Di papan ke 3 pula, pemain catur tuan rumah Sam Chow (FIDE 2229) yang bermain buah putih juga berjaya seri dengan GM dari Britain (FIDE 2550). Semoga IM Mas juga boleh melakukan feat sebegini esok pagi ketika menentang GM Abhijit.

Sementara dua orang lagi pemain Malaysia yang lain masih belum lagi mendapat kemenangan. Abang Draup akan menetang pemain catur tuan rumah Jason Chan sementara Zamanhari akan bertemu dengan WFM dari New Zealand, Helen Milligan.

BEST OF LUCK! untuk ketiga-tiga pemain catur Malaysia.

Kepada mereka yang rajin dan ada masa untuk mengikuti game IM Mas secara live, bolehlah ke laman http://www.chessaustralia.com.au/live/tfd.htm pada jam 7.30 pagi esok.


No comments: