GM Dimitri (FIDE 2560) yang sangat "colorful".
Gemar bermain Sicilian tidak kira buah "putih" atau "hitam"
IM Mas telah seri dengan GM Kunte Abhijit dari India. Satu keputusan yang agak baik. Dalam pusingan berikutnya, Mas akan bertemu "top seed" GM Dimitri Reinderman dari Belanda. Deep Sengupta yang telah menewaskan Mas di pusingan ke 4, meneruskan kemaraan beliau dengan memenangi kesemua pusingan setakat ini. WGM Eesha Karavade yang berjaya ditewaskan Mas juga meneruskan kemaraan dengan memenangi pusingan ke 5 dan akan bermain di papan ke 4 dengan 4 mata.
Semoga semua rakyat Malaysia sama-sama mendoakan kejayaan IM Mas. Best of luck MAS!
No comments:
Post a Comment