NAG 2009 atau National Age Group telah pun berlalu. Pemenang-pemenangnya telah pun diketahui. GiLoCatur ingin ucapkan tahniah kepada semua pemenang-pemenang. Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, terus berusaha dan cuba lagi di tahun-tahun mendatang. Berikut adalah beberapa pemerhatian, pandangan dan perkara-perkara yang ingin dikongsi sama oleh GiLocatur:
- GiLoCatur "tabik spring" kepada seorang pencinta catur dari Raub, Pahang. Dalam serba kekurangan dan penuh cabaran beliau telah berjaya melatih anak saudaranya dengan penuh semangat, tabah dan rajin. Walaupun anak didiknya kurang pendedahan dalam pertandingan catur, hanya sertai dua pertandingan sebelum menyertai NAG 2009 iaitu di Kuantan dan Seremban, beliau telah berjaya mendapat 5 point dan mendapat tempat ke 13 bagi kategori U10B. Pencinta catur tersebut terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri iaitu untuk duit minyak, tol, penginapan dan lain-lain lagi walaupun bukan untuk anaknya sendiri. Menurutnya lagi seorang lagi anak didiknya telah berjaya mewakili negeri Pahang dalam kejohanan MSSM baru-baru ini. Beliau terpaksa berhadapan dengan kerenah ibubapa di kawasan kampung dan pendalaman yang masih belum celik tentang faedah-faedah dan kebaikan bermain catur. Ibubapa yang masih belum "supportive" untuk anak-anak mereka terlibat dengan catur. Begitu juga dengan guru-guru sekolah yang masih belum terbuka untuk menerima sukan catur di kalangan murid-murid mereka. Walaupun pada hakikatnya beliau mengajar dan melatih catur secara percuma yakni tanpa bayaran. GiLoCatur berharap pencinta catur tersebut tidak akan lemah semangat dan meneruskan usaha-usaha beliau demi kemajuan catur di negara ini. Orang-orang yang sebeginilah yang amat diperlukan untuk memartabatkan sukan catur di negara ini.
- Berkenaan dengan "dispute" dan beberapa keputusan kontroversi sewaktu NAG2009, memang merupakan lumrah dan adat pertandingan. Tetapi ini tidak seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak diperbaiki dan diberi perhatian. Seharusnya ada "post mortem" yang dilakukan supaya dapat diperbaiki dan dielakkan daripada berlaku di masa-masa hadapan.
- Memang tidak dapat dinafikan ibubapa mana yang tidak "protective" terhadap anak-anak mereka terutamanya yang masih kecil dan "vulnerable". Bukan sedikit-dikit masa, tenaga, wang dan sebagainya telah dikorbankan dan dibelanjakan agar anak-anak mereka berjaya dalam bidang yang diminati walaupun sebahagian daripada mereka tidak tahu tentang catur dan undang-undang, peraturan dan etika pertandingan catur. Setiap kali pertandingan ibubapa akan berkorban hari cuti dan santai mereka di tempat-tempat pertandingan yang sebahagiannya masih banyak kekurangan. Apakah ibubapa akan berdiam diri jika dirasakan anak-anak mereka terlibat dalam sebarang "dispute" dan keputusan kontroversi. Adakah anak-anak mereka yang "vulnerable" akan dibiarkan begitu sahaja. GiLoCatur tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan ibubapa tidak wajar terlibat, biarkan anak-anak mereka yang bermain yang membuat keputusan sedangkan anak-anak tersebut terutamanya yang masih di bangku sekolah rendah tidak tahu apa-apa.
- Apa yang sangat membimbangkan GiLoCatur ialah adanya "gap" di antara pelaksana pertandingan dengan pihak ibubapa. Kedua-dua pihak perlu bekerjasama supaya kemajuan catur di negara ini dapat berkembang baik. GiLoCatur amat tidak bersetuju jika pihak ibubapa di'secluded' sewaktu pertandingan. Usaha-usaha mereka menggalakkan dan support anak-anak mereka bermain catur dan menyertai pertandingan perlu dihargai. Pihak "organizer" dan pelaksana-pelaksana pertandingan catur harus menghormati ibubapa jika tidak catur di negara ini tidak akan ke mana. GiLoCatur kerap perhatikan kebanyakan (bukan semua ya!) pelaksana-pelaksana pertandingan catur di negara ini apabila meminta para ibubapa beredar dari "tournament venue", mereka lakukan dengan agak kasar, muka mencuka dan tidak berhemah. Apakah mereka tidak boleh senyum dan lakukan dengan secara "friendly"? Memang tidak dinafikan sebahagian ibubapa memang degil dan suka melanggar peraturan. Tetapi tidak semua. Apa yang perlu ialah "rules" dan "etika" pertandingan perlu sentiasa diperingatkan agar ia menjadi sebati dan budaya.
- Berkenaan dengan pemain-pemain catur yang perlu patuh pada peraturan-peraturan pertandingan terutamanya FIDE "rules" seperti dress code, jangan membawa telefon bimbit, minta kebenaran ke tandas dari arbiter dan sebagainya memang wajar di patuhi. Tetapi dari segi implementasi perlu dilakukan dengan adil dan hikmah. Sebagai contoh, jika peringatan boleh diberikan kepada pemain-pemain yang tidak memakai dress code pada hari pertama seperti memakai selipar, kenapa tidak diberikan peringatan juga kepada pemain-pemain yang tidak meminta kebenaran ke tandas? Jika pemain-pemain sedang terdesak untuk ke tandas, sedang pressure bermain catur, sedang nervous untuk memenangi game dan sudah kepenatan melalui round demi round atau pemain-pemain yang masih baru dalam pertandingan dan masih belum dapat membudayakan "rules" dan "etika" pertandingan, sudah tentu mereka akan terlupa untuk meminta keizinan arbiter.
- GiLoCatur amat bersetuju tentang "rules" dan "etika" pertandingan catur yang ingin diimplementasikan. Tetapi implementasi tersebut amat penting dan perlu dilakukan dengan berhemah dan adil. Permainan catur memang merupakan satu bidang sukan yang mengajar disiplin dan peraturan kepada pemain-pemainnya.
- Berkenaan dengan "appeal" apabila berlaku sesuatu dispute dalam NAG2009, "appeal" GiLoCatur sendiri telah ditolak mentah-mentah. Apatah lagi jika anak-anak yang kebanyakannya masih belum "matured" dan berakal membuat "appeal", apakah akan dilayan? Setahu GiLoCatur, tidak ada proses "appeal" dalam NAG 2009.
2 comments:
Saya memberi sokongan sepenuhnya kepada artikel ini. Sebagai ibu bapa kepada kedua-dua anak saya yang baru baru bermain catur dan tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang sepenuhnya dalam tournament catur, saya mendapati pelaksana-pelaksana catur memang angkuh dan sungguh tidak suka menolong. Sabagai ibubapa yang telah meluangkan banyak masa dan wang untuk memberi peluang kepada anak anak kami supaya boleh meningkatkan kualiti permainan mereka, saya mendapati pelaksana-pelaksana catur tidak memberi penghargaan dan kehormatan (respect) kepada kami sebagai ibubapa. Betul juga kata gilocatur berkenaan dengan komen muka yang masam dan sebagainya. Saya harap pelakasana pelaksana catur boleh mengubah perangai mereka yang kurang menyeronokkan.
Terima kasih di atas feedback anda. Diharap feedback ini dapat dilihat dan diterima oleh organizer2 dan pelaksana-pelaksana kejohanan/pertandingan2 catur sebagai feedback yang positif supaya hubungan semua pihak yg terlibat esp di antara ibubapa dan penganjur/pelaksana baik dan erat demi kemajuan catur di bumi Malaysia.
Post a Comment