Thursday, September 1, 2016

Baku Chess Olympiad - Part 1


Hari ini adalah hari pertama dalam bulan September bagi tahun 2016. Bulan Ogos yang sungguh banyak diadakan kejohanan2 catur seperti SUKUM, MSSM dan MASUM dan lain-lain baru sahaja berlalu pergi. 

Akhirnya, Kejohanan Catur Olimpiad 2016 telah tiba. GiLoCatur yakin semua pasukan yang bertanding termasuk Malaysia telah pun tiba di Baku yang terletak dalam negara Azerbaijan. Beberapa jam lagi, upacara pembukaan rasmi kejohanan akan berlansung.

GiLoCatur mendoakan kejayaan buat pasukan catur Olimpiad 2016 negara. Selamat berjuang di persada kejohanan catur peringkat dunia.

Pasukan Catur Olimpiad 2016 Malaysia
sumber : fb nm kamal abdullah

Senarai pemain Pasukan Lelaki Malaysia
sumber : laman web rasmi Baku Chess Olympiad

Pasukan Lelaki Malaysia berada di kedudukan ke 72 dari 172 pasukan bertanding dalam Edisi Tromso 2014, hasil dari lima (5) kemenangan dan dua (2) seri. Dalam Edisi 2012 Istanbul, dengan jumlah kemenangan dan seri yang sama, pasukan Lelaki Malaysia berada di kedudukan ke 64 dari 156 pasukan yang bertanding. GiLoCatur mengharapkan pasukan Lelaki Malaysia dapat memperbaiki kedudukan ke dalam kelompok 65 Teratas (Top 65).

Senarai pemain Pasukan Perempuan Malaysia
sumber : laman web rasmi Baku Chess Olympiad

Dalam Edisi 2014 di Tromso, pasukan Perempuan negara telah berjaya memperbaiki kedudukan di tempat ke 54 dari 133 pasukan yang bertanding dari enam (6) kemenangan. Pasukan Malaysia berada di kedudukan ke 61 dalam Edisi 2012 Instanbul. Dengan senarai pemain yang sama dan berbekalkan pengalaman di Olimpiad Tromso, GiLoCatur mengharapkan pasukan catur Olimpiad Baku Malaysia dapat memperbaiki kedudukan dan statistik kemenangan, sekurang-kurangnya berada di kelompok 50 Teratas.

SELAMAT BERJUANG PASUKAN CATUR OLIMPIAD MALAYSIA!

No comments: