Tuesday, September 13, 2016

BAKU 2016 Chess Olympiad - Part 8 (Malaysia Menang Lawan Peru)


Satu sejarah bagi Pasukan Catur Wanita Malaysia telah tercipta di Kejohanan Catur Olimpiad Baku 2016 apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Peru dengan 3.5 - 0.5 mata. Malaysia adalah pasukan pilihan ke 66 berbanding Peru pasukan pilihan ke 41.

Pasukan Catur Olimpiad Wanita Malaysia bersama Hou Yi Fan, Juara Dunia
sumber : fb puan zaza


Dengan kemenangan ini, pasukan Malaysia telah berjaya menang enam (6) dan seri dua (2) kali. Dengan 14 match point, pasukan catur wanita Malaysia telah berjaya berada di kedudukan ke 13 setakat pusingan kesepuluh. 

Keputusan Malaysia lwn Peru, Pusingan Kesepuluh
sumber : chess-results.com

Kedudukan setakat pusingan kesepuluh
klik di sini untuk senarai penuh

Seingat GiLoCatur, kedudukan ini adalah yang paling tertinggi pernah digapai oleh Malaysia. Di kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di belakang Vietnam yang berada di kedudukan ke 9 ketika ini. Filipina pula berada di kedudukan ke 23 setelah menang enam (6) dan seri satu.

Pemain2 MALAYSIA di Pusingan Kesepuluh menentang PERU
sumber : fb puan zaza


SYABAS & TAHNIAH PASUKAN CATUR WANITA OLIMPIAD MALAYSIA!

No comments: