Saturday, September 10, 2016

Baku 2016 Chess Olympiad - Part 6 (USA versus RUSSIA)


Tujuh pusingan sudah selesai bagi Kejohanan Catur Olimpiad 2016 Baku. Pertarungan semakin sengit untuk mencari sang juara. Sesuatu yang menarik perhatian GiLoCatur pertemuan atau match up di Pusingan Kelapan.

Apakah perkara yang menarik itu?

Di pusingan Kelapan, pertembungan di anatra USA dan RUSSIA akan berlaku. Yang menariknya pertembungan ini berlaku bagi kedua-dua acara - Terbuka dan Perempuan.

sumber : Google


Dalam Bahasa Inggerisnya, USA versus RUSSIA. Berjayakah USA menewaskan RUSSIA bagi kedua-kedua acara? Atau USA menang satu, RUSSIA pula menang satu juga?

Acara Terbuka

Prestasi Pasukan Lelaki Russia

Prestasi Pasukan Lelaki USA

Bagi acara Terbuka, Russia adalah pasukan pilihan,pertama manakala USA pula pasukan pilihan kedua berdasarkan purata rating pasukan. Tetapi dari segi kedudukan setakat Pusingan Ketujuh, pasukan USA berada di atas, manakala pasukan RUSSIA di tangga Kedua.

Siapa akan bertemu siapa? 


Acara Perempuan

Prestasi Pasukan Perempuan Russia

Prestasi Pasukan Perempuan USA

Bagi acara Perempuan, kedua-dua pasukan USA dan RUSSIA bukanlah pasukan pilihan dua teratas. Ketika ini pasukan RUSSIA sedang mendahului di kedudukan teratas. Satu pertemuan yang sangat menarik.

Kita tunggu apakah keputusannya ..

No comments: