Friday, April 2, 2010

MCF-Sanctioned Events


Kepada semua pemain-pemain catur Malaysia.

Jika anda mengambil berat dan mengambil kira tentang chess tournaments yang bertaraf rated samada MCF national-sanctioned atau FIDE-rated, sila semak status setakat 30 Mac di link ini. Rating merupakan ukuran prestasi seorang pemain catur. Justeru itu, amat penting sekali ia diberi perhatian sewajarnya. Jika sebelum ini ramai yang kecewa kerana tournament yang disertai ingatkan rated, tetapi tidak rupanya. Diharap selepas ini, kekecewaan-kekecewaan sebegini dapat dihindarkan dengan menyemak status sesuatu kejohanan atau pertandingan catur dengan MCF.

Kepada yang masih samar-samar tentang apa itu rating dan bagaimana pengiraannya dilakukan, sila baca dan study link berikut - http://www.chesselo.com/

Dan jika anda ingin tahu agak-agak berapa rating anda sepatutnya, bolehlah mencuba di laman ini. Nak tahu berapa estimated rating GiLoCatur? Jawapannya adalah 1475.

Masih jauh lagi kembara catur GiLoCatur sebenarmya. MCF-rating terbaru GiLoCatur ada sedikit peningkatan sebanyak 61 point iaitu dari 1172 bagi Bulan Januari kepada 1233. Misi GiLoCatur bagi tahun ini ialah untuk mencecah rating 1300. Ini bermakna, GiLoCatur memerlukan 67 point lagi. Adakah GiLoCatur akan berjaya? Kita tunggu dan lihat di hujung tahun 2010 nanti.


2 comments:

svgunajb said...

Pizza is waiting for u once cross the 1300 mark......

GiLoCatur said...

he he mr guna ... mine is not important. just to motivate the kids to always keep improving their ratings.

by the way, congrat to JAGATHEES for his rating to increase. keep it up. still long way to go.