- Siti Aisyah (seeded keempat) tewas kepada Aina Najihah (seeded ke-20) dalam pusingan pertama
- Najiha (seeded ketiga) tewas kepada Nithyalakshmi dalam pusingan ketiga
- Najiha tewas kepada Chew Ee Wen dalam pusingan keempat
- Shreyes (seeded keenam) tewas kepada pemain Terengganu, Ahmad Syawal Iddil
- Alia (seeded pertama) tewas kepada Hoh Tjin Li pada pusingan kedua
- Latifah Kaisyah (seeded ketiga) tewas kepada Alya Farah pada pusingan kedua
- Renitha Narayanan (seeded kelima) tewas kepada Yeoh Hui Wen (seeded ke-25) dalam pusingan kedua.
Analisa keputusan yang dapat GiLoCatur simpulkan:
- Bagi kategori L18, hanya keputusan setakat pusingan yang ketiga diketahui.
- Bagi kategori P18, board pertama dikuasai oleh pemain-pemain bukan top seed. Mungkinkan juara individu bagi kategori P18 bukan dari kalangan yang top seeded?
- Bagi kategori L15, Yeap Eng Chiam dari KL masih lagi leading. Beliau memperolehi perfect score 4 mata memasuki pusingan ke-5. Beliau akan bertemu dengan pemain Pulau Pinang, Elgin yang juga setakat ini menang kesemua pusingan
- Bagi kategori P15, hanya Vickie Hong Wee Ki dari Selangor yang masih belum tewas sebarang pusingan. Berjayakah beliau menjuarai kategori ini setelah upset yang berlaku kepada Alia?
- Bagi kategori L12, Yeoh Li Tian masih lagi on-track untuk memenangi kategori ini. Hanya beliau setakat ini yang menang ke semua game. Dalam pusingan kelima esok, beliau akan bertemu dengan rakan senegeri Irfan Haqqim yang memiliki 3.5 mata. Aziz Farhan dari KL akan bertemu dengan pemain Terengganu, Ahmad Syawal Iddil, yang membuat kejutan memperolehi 3.5 mata di meja kedua
- Bagi kategori P12, Nur Nabila juga masih lagi on-track untuk menjuarai kategori ini. Seperti Li Tian, hanya beliau yang masih belum tewas sebarang pusingan. Esok beliau akan bertemu dengan pemain seeded kedua dari KL iaitu Tan Li Ting. Chew Ee Wen, yang juga pemain dari Selangor, akan menentang Siti Aisyah dari Terengganu di meja kedua.
No comments:
Post a Comment