Malangnya pasukan L12 telah tewas kepada Pulau Pinang. GiLoCatur harap pasukan L12 Selangor akan menang pusingan keenam pada petang ini. Dalam kategori individu P12, Nabila telah seri dengan pemain KL, Tan Li Ting. Dan kalau tidak silap GiLoCatur, seorang lagi pemain Selangor, Chew Ee Wen, telah berjaya menang ke atas Aisyah Sabirin. Kemungkinan mereka berdua akan bertemu di pusingan keenam petang ini kerana memperolehi 4.5 mata.
Yeoh Li Tian meneruskan penguasaan beliau dalam kategori individu L12. Pagi tadi dalam pusingan kelima beliau telah menewaskan pemain sepasukan Irfan Haqqim. Di antara keputusan lain Sumant dari Pahang telah berjaya menewaskan Justin Ong dari KL bagi kategori L18.
Berikut adalah pairing pusingan kelima kategori Berpasukan bagi pasukan Selangor.
- L18 - bertemu KL di meja pertama. Match point Selangor 6, manakala match point KL 8.
- P18 - bertemu Kelantan di meja kedua. Match point Selangor 5, manakala match point bagi Kelantan ialah 4. Kedah bertemu Johor di meja pertama dengan Johor memperolehi 8 match point maksima.
- L15 - bertemu Sabah di meja kedua. Match point masing2 setakat ini ialah 6. Di meja pertama KL bertemu Pulau Pinang.
- P15 - bertemu WP Labuan di meja keenam. Masing2 dengan 3 match point. Di meja pertama Kelantan bertemu KL.
- L12 - bertemu Pulau Pinang di meja kedua. Masing2 memperolehi 6 match point. Di meja pertama KL menentang Kedah yang hanya memperolehi 4 match point.
- P12 - bertemu Kelantan di meja pertama. Selangor dengan 8 match point sementara Kelantan dengan 7 match point.
Jam menunjukkan pukul 3.00 ptg. GiLoCatur perlu turun ke Tingkat 8 untuk menyaksikan pusingan keenam yang sudah bermula.
No comments:
Post a Comment