Saturday, March 21, 2009

Catur MSSM 2009 - Juara Individu

Nampaknya poll bagi kategori Bawah 18 tahun tidak tepat. Juara bagi kedua-dua kategori ini adalah nama yang tidak tersenarai dalam poll. GiLoCatur tidak perasan nama Lim Zhou Ren ada dalam kategori ini. Jika tidak sudah tentu nama beliau tersenarai dalam poll kerana beliau merupakan seorang pemain catur remaja yang berbakat dan bagus. Bagi Nur Munirah Mat Rahim dari Perak, seeded ke-26, telah berjaya membuat upset di MSSM 2009 kali ini. GiLocatur tidak berapa mengenali beliau kerana tidak pernah berjumpa dalam pertandingan2 catur.

Juara bagi kategori Bawah 15 tahun memang sudah tidak asing lagi. Mereka merupakan chess prodigy dan kerap bermain di pertandingan catur luar negara. Alia merupakan NWM (Juara Kebangsaan Wanita) 2008.

Begitu juga dengan juara bagi kategori Bawah 12 tahun. Mereka adalah pemain-pemain catur berbakat negara. Diharap mereka akan terus cemerlang dalam catur dan bakal menjadi Grand Master negara kita tercinta.


No comments: