Sunday, March 15, 2009

Kejohanan Catur MSSM 2009

Petang tadi GiLoCatur menghantar anak, Anis Fariha, ke Hotel Goldcourse di Kelang. Anis akan menyertai Kejohanan Catur MSSM 2009 mewakili pasukan P12 untuk Negeri Selangor yang akan bermula pada hari Isnin depan. Sebanyak 7 pusingan akan diadakan selama 5 hari pertandingan bagi dua kategori - Individu dan Berpasukan.

Ramailah guru-guru pengiring dan pengurus pasukan negeri dan ibubapa pemain catur yang GiLoCatur ketemu di hotel tersebut terutamanya bagi kontigen negeri Selangor - Encik Azhar MS, Encik Azman Hisham, Mr Yeoh Chin Seng, Mr Low, Mr Ajeet Singh, Encik Akbar, Cikgu Suhairi, dan Cikgu Rizal.

Untuk makluman, venue pertandingan adalah di Tingkat 8, Emerald Room, Hotel Goldcourse Kelang.


Berikut adalah jadual pertandingan:

ISNIN (16 Mac) - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 1

SELASA (17 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 2

                                - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 3

RABU (18 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 4

KHAMIS (19 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 5

                                  - 2.30 - 5.30 ptg : Pusingan 6

JUMAAT (20 Mac) - 8.30 - 11.30 pg : Pusingan 7

                                    4.00 ptg : Perasmian Penutupan & Penyampaian Hadiah

Insya Allah, GiLoCatur akan cuba membuat liputan (coverage) kejohanan catur MSSM tersebut. Semoga liputan itu nanti boleh menyemarakkan sukan catur di negara ini. 

1 comment:

Leen Mohd said...

saya juga brada di tempat kejohanan berlangsung...

meriah suasana...