Friday, September 17, 2010

Kejutan Ziarah Raya Geng Catur


Beberapa jam yang lalu, beberapa keluarga rakan catur GiLoCatur sekeluarga telah datang ke rumah membuat kejutan ziarah Hari Raya Aidilfitri. Fikri dan adik-adiknya, Anis dan Fahim, menjangkakan hanya Syakir adik beradik yang akan datang berkunjung ke rumah datang berziarah hariraya setelah diberitahu pada waktu siang tetapi rupa-rupanya Nabil adik beradik, Ariffuddin adik beradik dan Noor Azam adik beradik juga turut hadir sama.





Apalah agaknya yang ditunjukkan oleh Fahim kepada rakan-rakan caturnya sehingga dia dikerumuni seperti gambar di atas.



Malu-malu rupanya kedua-dua anak gadis sunti di atas apabila gambar mereka dicandid. Anis yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 4 hari lagi sangat teruja dan gembira dengan kunjungan ziarah hariraya rakan-rakan caturnya terutamanya Nabila, Najiha, Nadia, Rifqah, Munajjah, Maisarah dan Munirah.

GiLoCatur sekeluarga mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada semua rakan famili catur yang sudi datang berkunjung untuk ziarah Aidil Fitri. GiLoCatur juga yakin dan berharap famili dan komuniti catur yang lain saling kunjung mengunjung di musim perayaan.

GiLoCatur sekeluarga juga amat teruja dan gembira kerana program Aktifpedia di saluran Astro Arena saluran 801 pada jam 8.00 malam telah memaparkan tentang catur dan Festival Chess Malaysia yang baru berlansung baru-baru ini. Semoga catur atau chess akan lebih berkembang dan diminati lebih ramai rakyat Malaysia.

No comments: