Thursday, June 24, 2010

Corat Coret NCC 2010 - Part 1

To' Penghulu (kanan) dengan gaya yang tersendiri.


Sewaktu menunggu Fikri dan Anis bertarung dengan lawan masing-masing di Kejohanan Catur NCC di Kolej Pendeta Za'ba UKM Bangi baru-baru ini, GiLoCatur amat tertarik dengan mini blitz tournament yang berlansung di luar dewan pertandingan. GiLoCatur tidak berapa mengenali mereka tetapi permainan mereka amat menarik perhatian dan menghiburkan. Kata-kata bersifat provokasi dan sinis sewaktu menggerakkan buah menjadikan permainan catur mereka very intriguing. Style dan gaya permainan mereka juga agak berbeza dari kebiasaan.


GiLoCatur dan anak bongsu, Fahim, bergambar di hadapan D Asria Cafe seusai makan malam

Singgah makan malam di cafe ini merupakan satu kenangan pahit bagi Fikri. Kerana beliau telah kehilangan handphone Nokia baru yang merupakan hadiah dari bondanya atas kejayaan mewakili Selangor di Kejohanan Catur MSSM 2010 di Perlis. Bak kata orang Negeri Sembilan, "Apo Nak Dikato!", "Malang Tak Berbau". Terpaksa terima hakikat, lubang tandas menjadi destinasi handphone tersebut untuk hilang.


Kenapa agaknya GiLoCatur memaparkan gambar pondok kayu di atas?

Sebenarnya, pondok kayu kecil di atas merupakan "prayer room" di sebuah restoran bernama D Asria Cafe, tempat GiLoCatur sekeluarga menjamu selera "dinner" setelah berakhir pusingan kelapan NCC baru-baru ini. Ia sebenarnya agak istemewa bagi GiLoCatur sebagai satu nostalgia sewaktu zaman kanak2 dahulu di kampung yang boleh dikatakan kesemua surau-surau diperbuat daripada kayu.

4 comments:

sifumycatur said...

These guys were at one time strong contenders in PCMM tournaments and guess they still contenders

GiLoCatur said...

sifu, mesti kenal dgn to' penghulu tu kan ... bleh lah crite sket pasal dia .. :) sekurang2 boleh documented dalam blog .. seeloknya kena dicompile / dibukukan ... supaya sejarah catur di negara ini dpt diketahui semua peminat2 catur

Muhammad Arshad said...

Nama dia Shukri Alang Shukur kolumist petak 64 di berita harian tahun 1990 an dulu,shukri bersama sama Sabar Md Hashim mengendalikan ruangan tersebut.

Saya pernah bermalam di rumah shukri kitaorg main sampai pagi.biasa lah kalau saya dgn Shukri bermain selain dari pertarungan minda " peperangan mulut" juga hebat.Tapi kita x pernah berkecil hati.Just part of the game.

GiLoCatur said...

Terima kasih Mad.

Sebenornya masih banyak info dan maklumat mengenai catur dan pemain2nya di negara ini yang hilang begitu sahaja.

Satu usaha untuk mendokumentasi mengenai catur di negara ini perlu dilakukan.