GILOCATUR TERIMA EMEL DI ATAS DALAM GMAIL INBOX. SEKALI PANDANG NAMPAK MACAM ASLI (GENUINE). TETAPI JANGANLAH "TIPAH TERTIPU". GMAIL SESEKALI TIDAK AKAN MINTA PASSWORD DARI PENGGUNA. MEREKA BOLEH DAPATKAN DARI DATABASE JIKA PERLU.
KENAPA PERLUKAN MAKLUMAT PASSWORD? KENAPA TIDAK TANYA MAKLUMAT DAN INFO2 YANG LAIN? KENAPA GMAIL TEAM PERLUKAN MAKLUMAT DARI PENGGUNA JIKA DATABASE MEREKA BERMASALAH? FYI, GMAIL ADA TECHNICAL TEAM YANG BERKEPAKARAN DAN BERKEMAHIRAN SANGAT TINGGI. SO, JANGANLAH ANDA TERPEDAYA.
APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN? ANDA BOLEH IGNORE ATAU BUAT TAK KISAH SAHAJA. JIKA ANDA RAJIN SIKIT, BOLEH BUAT LAPORAN KEPADA PUSAT BANTUAN CYBER999 YANG DIKENDALIKAN OLEH CYBERSECURITY MALAYSIA.
Untuk hubungi CyberSecurity Malaysia,
laman sesawang : http://www.cybersecurity.my
telefon : 1-300-88-2999
emel : cyber999@cybersecurity.my
SIAPA CYBERSECURITY?
CyberSecurity Malaysia adalah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan siber dan menggalakkan keselamatan Internet di kalangan pengguna di Malaysia.
Klik di sini untuk maklumat dan info lanjut.
Nak tahu berapa statistik insiden penipuan internet di Malaysia tahun lepas?
... Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya.
GiLoCatur yakin angka tersebut akan bertambah berkali-kali ganda seandainya semua rakyat Malaysia prihatin untuk membuat aduan. Untuk berita lanjut, klik di sini.
Jika anda perlukan maklumat lanjut tentang perkara berkaitan dan cyber security awareness, sila ke laman sesawang CyberSAFE. Sebagai contoh, kepada semua parents yang perlukan tips untuk mendidik (educate) anak-anak tentang keselamatan bila menggunakan internet, link berikut - TEACH YOUR KIDS ONLINE SAFETY dan berikut, pasti amat berguna sekali dan diperlukan.
No comments:
Post a Comment