Monday, October 27, 2008

Sukan Yang Telah Terpinggir Dari Masyarakat Kita

Dalam kelesuan dan keletihan bermain catur selama dua hari di UPSI, cuti umum pada hari ini aku ambil peluang bersantai di rumah setelah ke Mydin membeli groceri. Aku begitu tertarik dengan satu artikel di Kosmo yang bertajuk Novel Sukan Bantu Pupuk Minat tulisan Alias Ismail. Di antara intipati artikel tersebut ialah beberapa pandangan ahli akademik dan pakar sejarah, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim. 

1) Sistem pendidikan sudah tidak lagi mengutamakan sukan. (Aku amat bersetuju sekali dengan pendapat ini. Kebanyakan ibubapa lebih mementingkan bidang akademik demi masa hadapan.)

2) Sistem pendidikan yang lebih menjurus dan berorientasi kepada Amerika Syarikat, sedangkan sebelum ini lebih dipengaruhi British. (Aku kurang bersetuju dengan pandangan ini kerana Amerika Syarikat juga mementingkan sukan. Banyak biasisiwa yang disediakan kepada atlit-atlit. Cuma di Amerika Syarikat sukan sudah terlalu komersil.

3) Sebelum ini terutamanya di awal negara memperoleh kemerdekaan jabatan kerajaan seolah-olah mewajibkan kakitangannya bersukan dan perlu menubuhkan kelab sukan sendiri. (Banyak faktor yang membantutkan mereka untuk bersukan seperti kesesakan lalu lintas, window shopping, mengambil anak-anak, buat part time dan sebagainya.)

4) Kakitangan awam yang komited dan berbakat dalam sesuatu jenis sukan sentiasa diberi penghormatan.

5) "Selagi fokus kita terhadap kejayaan dalam peperiksaan awam terlalu tebal, selagi itulah kita memanjangkan barah kehidupan."

6) "Kita terlalu bergantung kepada satu dahan iaitu kejayaan akademik, dan disilau dan dilemaskan oleh kerlipan dan arus sonsang dunia hiburan."


Sungguh mendalam maksud kata-kata tokoh pengkritik sukan tersebut. Semua pihak perlu mengambil peranan dan menggembeling tenaga dalam mengembalikan kegemilangan sukan yang pernah dikecapi oleh negara kita di waktu lalu. Pemimpin-pemimpin dan peneraju kelab-kelab sukan di negara ini perlu bersatu hati untuk memajukan sukan. Kepentingan diri perlu dielakkan. Perbalahan sesama sendiri tidak kira atas apa jua alasan perlu dihindarkan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!"

No comments: