Ketika saya berjalan-jalan di kota Singapura beberapa tahun yang lalu, didapati nama-nama jalan dari zaman silam masih digunakan. Ini memudahkan saya mengimbau kisah-kisah sejarah yang pernah berlaku sebelum ini. Berdasarkan kepada nama-nama jalan yang disebutkan dalam beberapa buah buku memoir yang dibaca seperti Meniti Lautan Gelora, biografi politik Pak Said Zahari dan Memoir Samad Ismail, saya bisa menyelusuri jalan-jalan di Singapura dan membayangkan apa yang telah berlaku beberapa dekad yang lalu.
Apatah pula jika nama sesuatu jalan itu telah popular dan sudah terkenal seperti Jalan Alor. Dilaporkan bahawa laman portal gergasi Yahoo menyenaraikan 900,000 jawapan untuk carian mengenai Jalan Alor.
No comments:
Post a Comment