Wednesday, April 12, 2017

MSSD Petaling Perdana Bawah 12 Tahun 2017


Selasa, 11/4/2017

Semalam bermulanya Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana bagi kategori sekolah rendah. Kejohanan ini sangat bermakna buat GiLoCatur bermula Edisi 2008. Pada edisi tersebut, dua orang anak GiLoCatur iaitu Fikri dan Anis Fariha mula sertai. Edisi terakhir yang melibatkan anak-anak GiLoCatur adalah pada tahun 2014 yang disertai oleh Fahim Al-Faqeh, anak bongsu.

Walaupun GiLoCatur tidak berada di venue kejohanan edisi tahun ini, tetapi GiLoCatur amat beruntung kerana ada "Live Broadcast" dan di chess-results.com. 

Format kejohanan adalah sebanyak lapan pusingan dengan kawalan masa 20 minit tiada increment. Jika tidak silap, untuk pertama kalinya Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana Bawah 12 Tahun ada siaran secara lansung di internet menggunakan DGT Board yang disediakan oleh AI CHESS. Keputusan kejohanan boleh diikuti di chess-results.com.


Kategori L12 (Lelaki Bawah 12 Tahun)

Seramai 106 peserta bertanding dalam kategori L12. Pilihan utama bagi kategori ini adalah pemain dari SK Seksyen 9A, Iskandar Haikal Zulkippli, dan pilihan kedua adalah Wong Zi Yue dari Help International School. 

Pemenang bagi kategori L12

Setelah tamat pusingan kelapan, Zi Yue telah berjaya muncul sebagai juara setelah memperoleh 7.5/8 mata. Seramai tiga orang pemain berjaya mendapat 7/8 mata iaitu Aidyl Syazwan Salehuddin dari SKBJ A, Nik Afiq Raiyan Nik Ahmad Fariuqi dari SK Seksyen 9A dan Aiman Harun Norashid dari SK Sri Serdang. Kedudukan final ranking ketiga-tiga pemain ini ditentukan oleh mata pemutus atau "tie-break".


Kategori P12 (Perempuan Bawah 12 Tahun) 

Kategori P12 telah disertai seramai 118 peserta. Peserta pilihan adalah pemain dari SKBJ B, Siti Sara Iman Ahmad Terrirudi. Seramai tiga orang pemain telah berkongsi mata 7/8 mata. Mereka adalah Puteri Rabiatul Adawiyah Mat Zaki, Puteri Qistina Kamalulariffin dan Mohigtraa Kalidaszan. Dengan mata pemutus yang lebih baik, Rabiatul Adawiyah dari SK Raja Muda Seksyen 4 telah memenangi Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana Bawah 12 Tahun Perempuan. Qistina dari SKBJ A, telah memenangi tempat kedua dan Mohigtraa menduduki temppat ketiga. Tempat keempat jatuh kepada pemain dari SK Bandar Anggerik A, Nurul Farzana. 

Mungkin satu kebetulan, dua orang yang bernama "Puteri" telah menakluk kategori P12 Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2017.

GiLoCatur mengenali bapa kepada kepada Puteri Rabiatul Adawiyah dan Nurul Farzana. 

Pemenang bagi kategori P12

Pemenang bagi acara Berpasukan adalah:

Kategori L12
  1. SK Seksyen 9A
  2. SK Bukit Jelutong A
  3. Sekolah Help International  

Kategori P12
  1. SK Bukit Jelutong A
  2. SK Seksyen 9A
  3. SK Bandar Anggerik A
(nota: berdasarkan Team Ranking di chess-results.com)

Berikut adalah beberapa keping gambar yang dikongsi oleh ibubapa peserta kejohanan.

Nurul Farzana Halim Shuhaimi - SK Bandar Anggerik A

Pemain P12 SK Bandar Anggerik

Pasukan P12 SK Bandar Anggerik A

Kategori L12

Kategori P12

Kategori L12

Pemenang L12

Iskandar Haikal Zulkippli - SK Seksyen 9A

Juara L12 MSSD PP 2017 - Wong Zi Yue

Nik Afiq Raiyan - SK Seksyen 9A

Aidyl Syazwan Salehuddin - SKBJ A

Pasukan L12 SKBJ A

Pasukan Catur P12 Seksyen 9A

Johan Berpasukan L12 - SK Seksyen 9A

Pasukan Catur SK Seksyen 9A

No comments: