Friday, April 14, 2017

Keluarga Catur Halim Shuhaimi di Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2017


Jumaat, 14/4/2017

Penyertaan anak-anak GiLoCatur di Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana telah pun berlalu. Edisi pertama yang GiLoCatur hadiri ialah pada Edisi 2008 di SK Seksyen 9. Buat kali pertama dalam sejarah Dairi Kejohanan Catur MSS (Majlis Sukan Sekolah Sekolah) anak-anak GiLoCatur, Fikri dan Anis Fariha sertai mewakili sekolah mereka, SK Bukit Jelutong. 

Anak sulung GiLoCatur, Fikri, bermain di kejohanan ini untuk empat edisi - 2008, 2009, 2010 dan 2011. Manakala, Anis Fariha, pula bermain di kejohanan ini untuk tiga edisi - 2008, 2009 dan 2010. Adik bongsu mereka, Fahim Al-Faqeh, pula mula sertai Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana bagi Edisi 2010. Seterusnya Fahim mewakili SKBJ di kejohanan ini bagi Edisi 2011, 2012, 2013 dan 2014. 

Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana Edisi 2010 merupakan edisi istimewa kerana ketiga-tiga orang anak GiLoCatur ambil bahagian. 

Manakala Edisi 2017 kejohanan ini sangat bermakna kepada Halim Shuhaimi kerana keempat-empat anaknya sertai. Lebih istimewa lagi, mereka semua adalah sebahagian daripada pemenang. 

Berikut adalah gambar-gambar Halim dan anak-anaknya yang cemerlang di Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2017.

Halim Shuhaimi

Nurul Farzana
Farzana telah memenangi Tempat Keempat bagi kategori P12 Individu setelah memperolehi 6.5/8 mata.

Untuk keputusan penuh, sila layari link do bawah:

http://chess-results.com/tnr274837.aspx?lan=1&art=1&wi=821

Nurul Izzah
Anak sulung Halim, Nurul Izzah, telah berjaya menjuarai dan mendapat pingat Emas bagi kategori P18 Individu setelah menang kesemua tujuh pusingan.

Untuk keputusan penuh, sila layari link do bawah:

http://chess-results.com/tnr275108.aspx?lan=1&art=1&rd=7&wi=821

Aiman Haziman
Aiman telah berjaya mendapat pingat Perak bagi kategori L15 Individu setelah mendapat 6.5/7 mata dari enam kemenangan dan satu seri.

Untuk keputusan penuh, sila layari link do bawah:

http://chess-results.com/tnr275111.aspx?lan=1&art=1&rd=7&wi=821 

Nurul Farzana
Dengan 5/6 mata, Farzana telah berjaya menjadi Naib Johan di Kejohanan Catur MSSD Petaling Perdana 2017 bagi kategori P15 Individu.

Untuk keputusan penuh, sila layari link do bawah:


Aiman lwn Cheah Kah Hoe

Farhana, Izzah dan Aiman

Syabas & Tahniah kepada Halim Shuhaimi dan keluarga caturnya.

Inilah sebahagian kisah "chess family" di kalangan komuniti catur Malaysia. Ia adalah fenomena biasa di Malaysia di mana satu keluarga sertai dan memenangi kejohanan catur. Selain keluarga Halim dan GiLoCatur, di antara keluarga-keluarga catur lain adalah keluarga Azhar, Azman Hisham, Cikgu Zulkafli, Cikgu Mohd Noor, Zulkippli dan Cikgu Salihin.

Di antara kenangan keluarga GiLoCatur dengan keluarga Halim Shuhaimi dalam kejohanan catur adalah Asean Age Group (AAG) Edisi 2012 di Hue, Vietnam dan Edisi 2014 di Macao.

AAG 2012, Hue Vietnam

Nurul Farzana

Fahim Al-Faqeh

Aiman Haziman

AAG 2014, Macao

Fahim dan Aiman di Macao

Fahim dan Aiman dengan sebahagian pemain Malaysia di AAG 2014

No comments: