Showing posts with label KARISMA 2017. Show all posts
Showing posts with label KARISMA 2017. Show all posts

Wednesday, August 16, 2017

KARISMA 2017 - Bhg 3 (Pusingan Ketujuh)

Tinggal dua pusingan lagi bagi Kejohanan Catur KARISMA 2017 Perlis. Sebentar lagi Pusingan Ketujuh akan bermula. 

Di Pusingan Kelima petang semalam, Anis Fariha tidak berjaya mencuri satu mata ketika bertemu dengan Top Seed, Nur Nabila Azman Hisham yang juga merupakan seorang Woman FIDE Master (WFM).

Di Pusingan Ketujuh pagi ini, Anis akan bertemu bekas rakan sepasukan MSSS di Kejohanan Catur MSSM Edisi 2010 dan 2012, Nurulhana Syuhada Mohd Sulkifly. 

Berikut adalah Pairing 5 Meja Teratas Pusingan Ketujuh kategori Wanita seperti di pautan http://chess-results.com/tnr296883.aspx?lan=1&art=2&rd=7&wi=821.

Pairing Top 5 Pusingan Ketujuh kategori Wanita

Tujuh tahun lalu Anis dan Nurulhana bersama dua rakan lain berjaya memenangi Pingat Perak bagi acara Perempuan Bawah 12 Tahun (P12) Berpasukan di Kejohanan Catur MSSM 2010 di Kangar, Perlis.

Kali ini Anis dan Nurulhana bertemu semula di Perlis tetapi bukan dalam satu pasukan. Anis bersama pasukan catur UiTM Perak, manakala Nurulhana pula bersama pasukan catur UiTM Pahang.

Pasukan MSSS P12 di MSSM 2010 Perlis
Anis Fariha (paling kiri) dan Nurulhana Syuhada (dua dari kanan)

Pasukan MSSS P15 di MSSM 2012 Terengganu

SELAMAT BERTANDING! Seperti kata Susan Polgar, "Win with grace, lose with dignity!".

Tuesday, August 15, 2017

KARISMA 2017 - Bhg 2 (Pusingan Keenam)

Berikut adalah gambar 2 Meja Utama bagi kategori Wanita Kejohanan Catur  KARISMA 2017 di Perlis bagi Pusingan Keenam. Gambar2 adalah dari laman mukabuku Tuan Muhammad Arshad dari www.kedaicatur.com

Nabila (kiri) versus Anis Fariha (kanan)

Najiha (kiri) versus Nurulhana Syuhada (kanan)


Pairing Pusingan Ke 6 Acara Wanita
Klik di sini untuk senarai penuh

Rank 10 Teratas Setelah Pusingan Ke 5
Klik di sini untuk senarai penuh


KARISMA 2017 - Bhg 1

Sungguh cepat masa berlalu. Dengan usia yang semakin matang dan ke penghujung, GiLoCatur seperti ketinggalan kereta api. 

Kejohanan Catur KARISMA 2017 sedang berlansung dan sudah pun memasuki Pusingan Keenam. Edisi kali ini berlansung di UiTM Perlis. 

Logo Karisma 2017


Pusingan Keenam baru sahaja bermula kira-kira 15 minit yang lalu. Anak gadis GiLoCatur, Anis Fariha, turut serta di kejohanan ini mewakili UiTM Perak untuk kali kedua. Di Pusingan Keenam, Anis bertemu dengan rakan sepasukan MASUM dan MSS Selangor, Nabila, di Papan Utama.GiLoCatur boleh mengikuti pertembungan ini kerana KedaiCatur ada buat Live Broadcast untuk Top 2 Board bagi setiap kategori - Lelaki dan Perempuan.

Anis Fariha Saleh (UiTM Perak)
Foto dari Galeri MASUM 2017

Nur Nabila Azman Hisham (UiTM Puncak Alam Selangor)
Foto dari Galeri MASUM 2017

Apa fakta menarik tentang DGT Live Broadcast atau Siaran Lansung untuk pusingan Keenam ini adalah, dua pasangan adik beradik yang bertemu lawan masing-masing. Dalam acara Lelaki, di Meja Utama Aziz Farhan Noor Akbar yang mewakili UiTM Johor sedang bertemu dengan lawannya dari Amir Qayyim Mohd Saprin dari UiTM Melaka. Manakala, abang Aziz iaitu Daniel Iskandar Arif bertemu dengan lawan dari pasukan UiTM Pahang, Al Muryid Al Azmi. 

Bagi acara Wanita, si kakak iaitu Nur Nabila Azman Hisham (UiTM Puncak Alam Selangor) sedang bertemu dengan Anis Fariha, anak GiLoCatur di Meja Utama. Manakala si adik Nur Najiha Azman Hisham, rakan sepasukan Anis bagi UiTM Perak sedang bertemu dengan Nurulhana Syuhada Mohd Sulkifly dari UiTM Pahang. 

Sila ke URL http://broadcast.kedaicatur.com/ - untuk menyaksikan Siaran Lansung Pusingan Keenam Kejohanan Catur MASUM 2017..

Siaran Lansung di KedaiCatur.Com

Sila ke pautan URL berikut untuk keputusan terkini Kejohanan Catur KARISMA 2017 Perlis.

Acara Lelaki
http://chess-results.com/tnr296882.aspx?lan=1

Acara Wanita
http://chess-results.com/tnr296883.aspx?lan=1


Selamat Maju Jaya kepada semua peserta di Kejohanan Catur KARISMA 2017 Perlis terutamanya puteri kesayangan GiLoCatur, Anis Fariha!

Kakak, Daddy will always pray for your success in whatever you do and take part.