Friday, August 11, 2023

Gabungan FIDE World Cup 2023 & PRN SELANGOR 2023

FB post hari ini GiLoCatur gabungkan PRN 2023 dan FIDE World Cup 2023.

GiLoCatur attend satu event di Bangsar siang semalam (Khamis, 10 Ogos 2023). Dari Bangsar GiLoCatur memandu ke Desa Pandan untuk ambil barang2 dari sebuah pejabat.

Setelah late lunch di Desa Pandan, GiLoCatur terus pandu MyVi Kuning ke MRR2 untuk balik ke rumah. Ada beberapa laluan yg boleh GiLocatur gunakan. 

Memandangkan Hari Pengundian semakin hampir dan kempen pilihanraya 6 negeri 2023 hanya tinggal sehari sahaja lagi, GiLoCatur plan untuk meninjau-ninjau sebanyak DUN yg boleh. 

Perang Bendera di Saujana Utama

Poster Calon 2 N38 Paya Jaras

Poster Calon 1 N38 Paya Jaras

Antara yg paling menarik adalah DUN N38 Paya Jaras. Perang bendera dan posternya memang hebat. Sebelum ini GiLoCatur sudah meninjau-ninjau Saujana Utama. Kali ini nak tinjau Paya Jaras pulak. 

Melihat kembali info calon2 N38 Paya Jaras di laman portal SPR, baru GiLoCatur perasan selain calon PH dan calon PN, ada sorang lagi calon iaitu calon Bebas, Sifu Linda. Lansung tak nampak GiLoCatur sebarang poster atau bendera calon tersebut. 

GiLoCatur terfikir-fikir dalam konteks DUN N38 ini, mengapa ada calon Bebas. Sesaja nak kalah deposit seperti kebanyakan calon2 bebas selama ini? Satu persoalan yg ada banyak jawapan.

Kempen Grand Finale Parti PN di Saujana Utama

Kebetulan ketika lalu Saujana Utama, GiLoCatur ternampak ada pentas. Ada kempen malam ini (Khamis, 10 Ogos 2023) agaknya getus hati GiLoCatur. Singgah sebentar untuk melihat-lihat dan snap gambar. Benar rupanya ada kempen bagi calon PN.

Melihat dari perang bendera dan poster, pertandingan antara calon PH dan PN di N32 Paya Jaras adalah sangat sengit dan jadi salah satu tumpuan. 

Siapakah yg akan memenangi kerusi N38 ini? Kita tunggu keputusannya pada malam 12 Ogos 2023 nanti.

GiLoCatur tidak tunggu lama untuk mendengar kempen ceramah tersebut. GiLoCatur mahu cepat sampai di rumah. Sebabnya GiLoCatur sedang mengikuti Kejohanan Catur FIDE World Cup yg sedang berlansung di Baku, Azerbaijan.

Format kejohanan knock-out menjadikan kejohanan ini sangat menarik khususnya bagi GiLoCatur sebagai seorang peminat tegar catur.

Boleh lihat keputusan Round (Pusingan) 4, Game (Permainan Kedua) di screenshot berikut. Ada para peserta yg telah berjaya untuk ke pusingan berikut ie Round 5, dan ada juga peserta yg akan bertarung esok dalam permainan penentuan yg dipanggil TieBreak.

Keputusan Kategori  Lelaki (page 1)

Keputusan Kategori Lelaki (page 2)

Keputusan Kategori Wanita

Antara keputusan menarik dan dramatik adalah pemain nombor satu dunia, GM Magnus Carlson, masih bertahan dengan menang kali ini setelah tewas di Permainan Pertama kelmarin. GM Wesley dan GM Ruslan Ponomariov, antara pemain2 catur terbaik dunia gagal untuk bermain di pusingan berikut.

Sambil2 mengikuti perkembangan kempen PRN 2023 terakhir, GiLOCatur juga akan mengikuti permainan TieBreak FIDE Wordl Cup 2023.   

sumber: SPR


GiLoCatur kongsikan pautan FB ketiga2 calon N38 Paya Jaras untuk semakan para pemilih berdaftar DUN N38.

Calon 1
https://www.facebook.com/datodrhalimtamuri

Calon 2
https://www.facebook.com/exco.khairuddin

Calon 3
https://www.facebook.com/Nurhaslinda8


#gilocatur
#PRNSelangor2023
#fideworldcup2023

No comments: