Sunday, December 11, 2016

AGM MCF


AGM MCF sedang berlansung di OCM. Jawatan Presiden MCF sudah diketahui siapa pemenangnya pada kira-kira jam 12:30 PM tadi. Dato' Zahidi telah menewaskan Datuk Nazif dengan undian 32 - 23.

Datuk Zahidi Zainul Abidin
sumber : google image

GiLoCatur kurang mengenali Presiden baru MCF. Carian google memberikan info berikut tentang beliau. Datuk Zahidi yang dilahirkan pada tahun 1961 merupakan Ahli Parlimen P001 iaitu Padang Besar. Antara jawatan yang disandang oleh beliau adalah Pengerusi IKIAM.

Sebagai pendokong catur di Malaysia, GiLoCatur mengharapkan Presiden baru MCF akan bersemangat (seperti dalam gambar di atas) dalam menerajui komuniti catur Malaysia, memaju, memacu dan mempopularkan sukan catur terutamanya di Malaysia. 

Tengku Ahmad Badli Shah (paling kanan)
sumber - laman sesawang Garry Kasparov


Sementara pengiraan undian untuk jawatan Timbalan Presiden juga sudah selesai. Tengku Ahmad Badli Shah telah menang dengan undian sebanyak 31 - 24.

Mengikut sumber dari rakan blogger di AGM MCF, Berikut adalah senarai AJK MCF yang baru setelah menang dalam pengundian.


Presiden : Datuk Zahidi Zainul Abidin (Perlis)
Timbalan Presiden : Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin (Kelantan)
Naib Presiden :
                           1. Dr Zaidan Zulkifli (Kuala Lumpur)
                           2. Lim Tse Pin (Selangor)
                           3. Muammar Julkarnain (Sabah)

EXCO :
                           1. Zuraiha Mohd Wazir (Negeri Sembilan)
                           2. Muhammad Firdaus Ismail (Putrajaya)
                           3. Nik Ahmad Farouqi (Kelantan)
                           4. Yeap Joo Hock (Pulau Pinang)
                           5. Cheong Kok Love (Johor)

Syabas kepada yang menang! GiLoCatur amat amat mengharapkan CATUR akn lebih maju, progresif dan banyak program-progran pembangungan di bawah AJK MCF yang baru.

Pasukan Catur Olimpiad Wanita 2016 telah diberi penghargaan dalam AGM MCF ini. Mereka telah bermain sangat cemerlang di Catur Olimpiad 2016 yang diadakan di Baku, Azerbaijan dengan memenangi Kategori C.

Pasukan Catur Olimpiad 2016 Wanita Malaysia
- (dari kiri) Nur Najiha, Puteri Rifqah Fahada, Nass Siro, AGM Nik, Alia Anin Azwa dan Nur Nabila
(nota : Li Ting tiada dalam gambar)
foto kredit : fb Nass Siro


No comments: