Salam sejahtera kepada semua pelawat Blog GiLoCatur.
Bahang Kejohanan Catur MSSM Edisi 2016 sudah mula terasa. GiLoCatur yakin semua pasukan telah pun berada di bumi Serambi Mekah iaitu Kelantan. GiLoCatur juga yakin edisi kali ini kualiti permainan semakin meningkat. Ini adalah kerana tahap dan mutu latihan semakin meningkat. Penglibatan jurulatih semakin banyak. Pemain-pemain catur semakin ramai yang memiliki jurulatih peribadi.
GiLoCatur yakin ramai ibubapa yang dahagakan info dan perkembangan terkini tentang Kejohanan Catur MSSM 2016 ini terutamanya kepada mereka yang tidak dapat turun ke Kelantan. GiLoCatur akan cuba memberikan update terkini bagi memenuhi hajat para ibu bapa tersebut.
Banner 1 MSSM 2016 photo credit to Hafiz AB Chess Putraja fb |
Banner 2 MSSM 2016 photo credit to Hafiz AB Chess Putraja fb |
Seperti info dalam banner di atas, secara rasminya kejohanan dijadualkan dari hari ini Sabtu, 13/8/2016 sehingga hari Rabu, 17/8/2016. Para pemain akan bertanding di Dewan Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Untuk info bagi ibubapa yang masih baru dengan Kejohanan Catur MSSM ini, sebanyak enam (6) kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 Tahun (B12), Bawah 15 Tahun (B15) dan Bawah 18 Tahun (B18), Lelaki dan Perempuan untuk setiap kategori peringkat umur. Terdapat dua kategori permainan iaitu Individu dan Berpasukan. Setiap pasukan negeri dibenarkan menghantar dua (2) orang pemain bagi setiap enam (6) kategori peringkat umur untuk kategori permainan Individu, manakala untuk kategori permainan Berpasukan pula, setiap pasukan negeri akan menghantar satu pasukan dengan dianggotai empat (4) pemain.
Ini bermakna terdapat dua belas (12) pingat Emas yang menjadi rebutan. Melihat kepada statistik di kejohanan-kejohanan edisi lalu terutamanya sejak GiLoCatur terlibat iaitu bermula dengan edisi tahun 2009 di Selangor, pungutan pingat Emas ini menjadi saingan tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Selangor dan Pulau Pinang.
Kenyataan ini bersandarkan statistik pingat seperti di bawah yang dimenangi oleh ketiga-tiga negeri yang dinyatakan di atas. Hanya lapan (8) pingat Emas yang mampu dimenangi oleh negeri-negeri selain WPKL, Pulau Pinang dan Selangor.
Statistik Kemenangan Pingat 3 Negeri Edisi 2010 - 2015 |
Salah satu kategori yang menarik minat GiLoCatur adalah kategori Lelaki Bawah 18 Tahun (L18) Berpasukan. Sila klik entry ini untuk ketahui analisa GiLoCatur ke atas kategori ini. Pasukan L18 WPKL telah mendominasi kategori ini sejak edisi 2012 di Kuala Terengganu. Pasukan L18 Pulau Pinang dan Selangor telah memberi cabaran sengit. Mampukah Pasukan L18 WPKL meneruskan tradisi kemenangan mereka?
Medal Tally L18 Berpasukan Edisi 2010 - 2015 |
Seingat GiLoCatur, Negeri Selangor telah menggungguli Juara Keseluruhan (yang ditentukan dengan pungutan mata, bukan dengan pungutan pingat) selama enam tahun berturut-turut dari 2009 sehingga 2014. Pada edisi tahun lepas, Negeri Pulau Pinang telah memintas Negeri Selangor gelaran Juara Keseluruhan ini.
Berjayakan pasukan Pulau Pinang mempertahankan gelaran ini pada tahun ini? Atau mampukah pasukan Selangor merampas kembali gelaran tersebut? Atau mungkin pasukan-pasukan negeri lain seperti WPKL atau pasukan tuan rumah, Kelantan, yang akan dinobatkan sebagai Juara keseluruhan ini?
Berikut adalah jadual pertandingan Kejohanan Catur MSSM 2016.
Jadual Kejohanan |
SELAMAT BERTANDING kepada semua atlit-atlit sukan catur di Kejohanan Catur MSSM 2016!
No comments:
Post a Comment