Friday, August 6, 2010

Berita Catur di TV3

www.tv3.com.my


Hari ini merupakan satu hari yang bersejarah bagi catur di negara ini. Ia telah mendapat liputan dalam program TV3 - bukannya setakat satu program, tetapi dua.

Pagi tadi, Fadli stonemaster telah muncul dalam program MHI di waktu pagi. Tetapi sayangnya GiLoCatur telah "miss" untuk menonton rancangan tersebut. Kemudian dalam segmen sukan Buletin Utama baru sebentar tadi, peminat cilik GiLoCatur, adik Jagathees a/l Guna Balan, pula muncul. GiLoCatur salute dan tabik kepada Guna Balan, ayah Jagathees, yang sangat berdedikasi dan berusaha bersungguh-sungguh mencari penaja agar anaknya dapat bertanding di kejohanan catur peringkat dunia.


Jagathees (kanan) bersama GiLoCatur


Semoga Jagathees dan Guna Balan akan tabah dan cekal menempuh pelbagai cabaran dan dugaan untuk berjaya di peringkat paling tertinggi dalam sukan catur dan mengharumkan nama negara.

No comments: