Sorry to non-Malay readers, this entry will be in Malay.
Semalam, GiLoCatur dan isteri pergi ke Mydin USJ untuk shopping barangan dapur atau grocery. Mydin USJ memang merupakan tempat shopping utama atau pilihan GiLoCatur untuk barangan dapur. Sebelum ini, GiLoCatur suka berbelanja di Carrefour Subang. Dan pernah juga di Giant Seksyen 13 Shah Alam.
Teringat GiLoCatur sewaktu menuntut di Texas, Amerika Syarikat di awal tahun 90an dahulu. GiLoCatur dan rakan-rakan serumah akan membeli barangan dapur di safeway yang terletak di North Mesa Street. Memang convenient dan seronok shopping di safeway. Semua barang ada. Cuma ayam yang kami tidak beli sebab sembelihannya tidak halal. Nak tahu apa panggilan kami untuk ayam-ayam yang tidak halal ini? "Ayam katok". Untuk membeli barangan pinggan mangkuk, kami akan pergi ke K-Mart. Masih segar di ingatan,
GiLoCatur bershopping sakan di K-Mart beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia. GiLoCatur beli dua set dinnerware Corelle, satu untuk emak dan satu untuk diri sendiri. GiLoCatur beli tiga barangan Pyrex buatan Corning sebagai cenderahati untuk tiga orang kakak ipar. Kalau di Malaysia pada ketika itu, harga 1 set Corelle beratus-ratus ringgit, tetapi hanya berpuluh-puluh US Dollar di K-Mart. Jika convert (exchange rate pada ketika itu ialah 1 USD = RM 2.60) sekali pun masih jauh lebih murah. Barangan pyrex pula hanya berharga berbelas-belas ringgit sahaja, sedangkan di Malaysia berpuluh-puluh malah ada yang beratus-ratus ringgit harganya.
"Terkezut" juga GiLoCatur apabila hendak memasuki pintu masuk Mydin kerana seekor unta (gambar di atas) sedang menunggu. Sungguh kreatif Mydin dengan gimmick unta tersebut. Al maklum, bulan Ramadhan hampir tiba. GiLoCatur amat berharap gimmick sebegini akan diguna pakai oleh para penganjur kejohanan catur untuk menarik minat orang ramai. Insya Allah, para bloggers akan bantu promosi dalam laman blog catur mereka.
Wah banyak juga barangan grocery yang dibeli GiLoCatur dan isteri. Memang lebih kurang beginilah barangan belian GiLoCatur untuk sebulan. Agak-agak berapa jumlah kesemua barangan dalam trolley di atas? Tak banyak, RM 405.10 sahaja. hu hu hu ...
susu 5 atau 6 tin sebulan, sardin 5 tin, maggie mee adalah antara item grocery wajib setiap bulan
Barangan-barangan ini berharga RM 110.00
GiLoCatur dan isteri kemudian pergi ke tingkat dua (bahagian wholesale) untuk membeli minuman Milo kotak dan 100 plus seperti gambar di atas. Tidak ketinggalan, GiLoCatur beli sebalang biskut kelapa. Memang ia merupakan di antara makanan favourite GiLoCatur.
GiLoCatur ingin berkongsi dua produk menarik berikut.
First time rasanya GiLoCatur jumpa Cip Nangka atau Jackfruit chips (gambar di atas). GiLoCatur memang suka buah nangka, tetapi kena berpantang makan.
Air mineral evian (1.5 Liter)
GiLoCatur mula mengenali air mineral evian ini sewaktu berada di Paris beberapa tahun yang lalu. Air mineral tersebut memang amat popular dan berkualiti tinggi. Ia dijual dengan harga yang agak mahal di Malaysia. Kalau tak silap GiLoCatur, dahulu air mineral evian sebotol (500 mililiter) berharga RM6. Semalam di Mydin, ia berharga lebih kurang RM4. GiLoCatur beli sebotol 1.5 Liter yang harganya kurang RM8.
GiLoCatur dan isteri menghabiskan masa selama dua jam di Mydin untuk aktiviti membeli belah grocery tersebut. Itu pun Fahim tidak dibawa sama. Jika Fahim ada, sudah pasti dua jam tidak mencukupi. he he he