Friday, March 20, 2009

MSSM 2009 Pictures

Pasukan P12 MSSKL

Pasukan P12 MSS Negeri Selangor yang berjaya menjuarai kategori mereka. Dari kiri, Puteri Rifqah Fahada Azhar, Puteri Munajjah Azhar, Ee Sun Xin dan Anis Fariha Binti Saleh (anak GiLoCatur). Menurut keputusan rasmi, kedua-dua puteri Azhar MS berjaya menggondol Best Board 1 dan 2. Sila klik di sini untuk mengetahu keputusan terperinci kategori P12.

Pemain-pemain catur MSSM 2009 di Dewan Emerald, Tingkat 8 Hotel Goldcourse Kelang sedang menunggu Pusingan ketujuh i.e. pusingan terakhir bermula pagi tadi.

Pasukan L15 MSS Negeri Selangor (dari kanan) - Muhammad Nabil Azman Hisham, Muhd Syakir Syazmeer Azhar, Chan Sheng Yip dan Tariq Zaid Abdul Razak. Menurut perkiraan GiLoCatur, Syakir berjaya mengungguli papan kedua yakni Best Board. Untuk keputusan permainan mereka, sila klik di sini.

Pasukan P15 MSS Negeri Selangor sedang menunggu pusingan ketujuh bermula. Mereka bertemu pasukan Kedah di papan ketiga. Pasukan P15 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Winnie Hong Wee Ni, Dhanusya a/p Chandran, Nur Farihah Aminuddin, dan Amanina Husna Ahmad Riduan. Adakah mereka berjaya mendapat medal? Sila klik di sini untuk mengetahui keputusan terperinci mereka. 

Dua orang pemain MSS Negeri Selangor, Nur Nabila Azman Hisham (kanan) bertemu dengan adiknya, Nur Najiha, di papan utama. Klik di sini untuk keputusan terperinci kategori P12 Individu.

Kategori P15 Individu, Alia Anin Azwa Bakri (kiri) dari Melaka bertemu dengan wakil dari Selangor, Vickie Hong Wee (kanan), untuk menentukan juara individu bagi ketegori ini. Mereka berdua memperolehi 5 mata.  Mungkinkah Hoh Tjin Li dari Pulau Pinang yang juga memperolehi 5 mata boleh memintas mereka? Sila klik di sini untuk keputusan terperinci bagi kategori P15 individu.

Pasukan L12 MSS Negeri Selangor sedang menanti lawan mereka, pasukan Terengganu, di papan ketiga yang belum masuk ke dewan.  Pasukan L12 MSSNS diwakili oleh (dari kiri) Yeoh Li Yuan, Roshan Singg a/l Ajeet Singh, Mohd Fikri Farizal dan Mohd Noor Azam Mohd Nor. Untuk keputusan terkini mereka sila klik di sini.

GiloCatur perlu masuk ke dewan sekarang kerana majlis penyampaian hadiah akan bermula bila-bila masa. Tunggu update terkini .....

No comments: